Broker Bebas Terbesar Brazil Lancarkan Pertukaran Kripto
Syarikat induk broker bebas terbesar Brazil sedang menubuhkan bursa pertukaran mata wang kripto. Grupo XP, yang memiliki firma broker XP Investimentos, merancang untuk melancarkan platform tersebut dalam “beberapa bulan akan datang,” sambil menambah ia akan menyokong perdagangan dalam Bitcoin dan Ethereum.
Walau bagaimanapun, firma itu nampaknya sedikit takutuntuk menyertai dunia kripto. Bercakap pada satu majlis di Sao Paulo, pegawai eksekutif firma, Guilherme Benchimol, berkata: “Saya mesti mengakui, ini adalah tema yang saya tidak suka ianya wujud, tetapi ia tetap berlaku. Kami rasa bertanggungjawab untuk bermula memajukan pasaran ini. “Benchimol dipetik sebagai mengatakan bahawa firma itumembuat keputusan untuk melancarkan bursa pertukarankripto – digelar XDEX – kerana 3 juta atau lebih rakyat Brazil telah memiliki beberapa Bitcoin, sementara hanya 600,000 individu memiliki saham.
Tindakan oleh Grupo XP muncul setelah suasana untuk pertukaran kripto di negara ini menjadi semakin terbuka. Pengawal selia Brazil berkata minggu ini bahawa ia sedang menyiasat sama ada bank utama di negara ini berkomplot untuk menghentikan perkhidmatan kepada firma-firma matawang kripto. Majlis Pentadbiran Pertahanan Ekonomimengatakan ia sedang menyiasat Banco do Brasil, Banco Santander Brasil, Banco Inter dan lain-lain bank atas tindakanmereka menutup akaun platform kripto.
Sumber: