Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

BTC Bernilai $1 Billion Dipindahkan dengan Hanya $700

Pada 5 September, dua wallet yang tidak diketahui oleh dunia matawang kripto melihat transaksi yang sangat mengejutkan. Satu wallet telah menghantar 94,504 BTC – dalam 0.5% daripada semua matawang kripto dalam peredaran – yang bernilai $1 bilion.

Walaupun kebanyakan mereka yang skeptikal dengan matawang kripto akan menyatakan bahawa transaksi ini kemungkinan besar dan mahal, sebenarnya tidak. Pembuat transaksi itu membayar dalam $700 dalam BTC (yang sebenarnya dibayar lebih) untuk transaksi besar itu,yang memerlukan banyak input, tetapi masih lagi murah. Malah, pembuat transaksi itu membayar kurang daripada 0.001% dalam yuran untuk transaksi 10-angka itu. Dan apa yang lebih baik, ia hanya mengambil masa setengah jam untuk selesai.

Seperti yang ditulis Yassine Elmandjra, penganalisa aset kripto di ARK Invest, ianya adalah paparan hebat mengenai Bitcoin sebagai sistem penyelesaian global tanpa kepercayaan.

 

 

Walaupun ianya sukar untuk mencari data tentang apa kos transaksi seperti ini di bank tradisional, kemungkinan besar ia akan memakan masa berjam-jam untuk kertas kerja, pengantaraan Federal Reserve dan bank pusat lain, yuran yang dikenakan di setiap peringkat dan pengendalaan transaksi jika ia berlaku pada hujung minggu.
Walaupun transaksi ini menunjukkan kuasa Bitcoin sebagai bentuk wang, pundit dalam industri – malah bull BTC – masih lagi tidak pasti sama ada kripto itu bersedia atau tidak untuk menjadi matawang yang digunakan global dalam bentuknya kini.

Samson Mow, ketua strategi Blockstream dan ketua eksekutif Pixelmatic, mengatakan bahawa tahun ini Bitcoin masih belum bersedia untuk digunakan sebagai medium pertukaran. Dia melihat kepada fakta dilapisan asas, Bitcoin mengambil masa purata 10 minit untuk memproses transaksi, kadang kala sehingga tiga jam. “Anda tidak boleh mereka bentuk sistem pembayaran yang mengambil masa 10 minit untuk diselesaikan,” menurut Mow.

Sumber: https://en.ethereumworldnews.com/beautiful-display-bitcoin-billion-btc/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.