Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bug dalam Kraken Membolehkan Pengguna Membeli Bitcoin pada Harga Bawah Pasaran

Pada 13 September, bursa pertukaran Kraken yang beroperasi di Amerika Syarikat telah mengalami bug yang membolehkan beberapa pengguna membeli atau menjual Bitcoin pada harga yang berlainan daripada harga pasaran Bitcoin.

Pada keesokan harinya, Kraken menerbitkan bebenang Twitter menjelaskan bahawa bug itu adalah kerana ujian jenis permintaan advanced yang belum dilancarkan. Sementara Bitcoin cuba untuk mengekalkan harga $10,300 pada hari kejadian, bursa pertukaran itu menulis bahawa “beberapa Klien membeli dari penguji Bitcoin dengan harga $8,000 dan yang lain menjual pada $12,000 tanpa menyelesaikan masalah kecairan” melalui bug itu.

Kraken menjelaskan bahawa bug itu membawa kepada pelaksanaan kedua-dua belah spread $8,000-$12,000 itu, walaupun tiada kecairan yang terjejas. Bursa itu mengatakan bahawa stop market orders dipenuhi dengan betul pada harga pasaran, dan mencadangkan klien yang terjejas untuk menghantar tiket sokongan.

Seorang jurucakap Kraken memberitahu Cointelegraph bahawa jumlah dalam $100 telah dilaksanakan. Perdaganagn itu Hanya berlaku sekali sahaja dan boleh dimulakan oleh pengguna spesifik dalam program beta itu. Pedagang yang bukan dalam program beta itu tidak mendapat apa-apa kelebihan pasif.

Pengasas bersama dan CEO Kraken Jesse Powel berkata bahawa ciri yang diuji itu telahpun melihat beribu ujian otomatik dan manusia dalam amsa beberapa bulan, menambah “anda tidak akan dapat menjumpai semua bug setiap masa”. Dia menulis:

“Bersetuju bahawa padanan kepada bahagian yang salah dalam buku adalah kesilapan bursa pertukaran. Semua yang berlaku selepas itu berfungsi seperti yang dijangka. Perdagangan dicetak, stops dicetus, dan permintaan lain dipadankan dengan baik.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bug-on-kraken-let-users-buy-bitcoin-2k-cheaper-and-sell-2k-higher

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads