Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bulgaria Akan Menyiasat Syarikat Perdagangan Kripto

 

Kerajaan Bulgaria mengumumkan perancangan untuk menyiasat operasi entiti yang menjual kripto di seluruh negara itu, Menurut akhbar tempata Novinite.

Walaupun kebiasaannya, objektif penyiasatan seperti ini adalah untuk mengenal pasti aktiviti penipuan, objektif penyiasatan kali ini akan melihat kepada sama ada syarikat-syarikat tersebut mematuhi peraturan berkaitan pencukaian dan keselamatan negara itu. Kerajaan mengambil langkah ini berikutan stigma yang mengatakan kripto digunakan untuk menyembunyikan keuntungan dan mengelak daripada cukai di seluruh dunia.

Agensi Hasil Nasional Bulgaria (NRA) akan bertanggungjawab ke atas penyiasatan operasi syarikat-syarikat ini yang majoritinya berkaitan bursa pertukaran kripto dan laman web perdagangan peer-to-peer. Agensi itu telahpun menugaskan “tindakan kawalan” atau pemeriksaan kepada sembilan platform.

NRA akan menggunkan maklumat daripada audit syarikat-syarikat ini untuk melihat sama ada pengguna yang terlibat dalam perdagangan telah memfailkan pendapatan yang didapati dari platform tersebut. Dalam undang-undang Bulgaria, penjualan pelaburan matawang kripto sepatutnya diisytiharkan dalam pulangan cukai tahunan dengan keseluruhan pendapatan dicukai pada 10 peratus di bawah Akta Cukai Pendapatan Korporat.

Walaupun kadar cukai adalah lebih rendah daripada negara Eropah yang lain, termasuk Amerika Syarikat, agensi mempunyai sebab untuk percaya sesetengah individu dan syarikat mungkin menggunakan platform untuk menyembunyikan pendapatan mereka dari penguatkuasa.

Pencukaian matawang kripto adalah topik yang sering dibahaskan di seluruh Dunia dan Bulgaria tidak terkecuali. Namun begitu, memandangkan kadar cukai yang ditetapkan adalah rendah, kerajaan Bulgaria merasa ia berhak memburu pesalah dalam sektor itu.

Sumber:

https://bitcoinnews.com/bulgaria-to-investigate-crypto-trading-companies/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.