Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bull Bitcoin telah Kembali: Trend Menaik selama 40 hari Memadam Hampir 8 Bulan Pasaran Menurun

Memandangkan larian bull Bitcoin berterusan dan tidak menunjukkan tanda-tanda perlahan, keseluruhan pasaran kripto telah muncul dengan carta, dan spekulasi.

Momentum harga bullish yang kuat itu telah menyebabkan sentimen FOMO dalam kalangan komuniti kripto dan telah membantu menaikkan harga matawang kripto terbesar dari segi modal pasaran sehingga $8,000, selepas melepasi $6,000 – tahap rintangan yang dijangka sukar untuk dilepasi – dan $7,500 dengan begitu senang. Trend menaik parabolik yang menyegarkan kembali pasaran kripto kini dalam masa hanya 40 hari sahaja telah memadam semua kehilangan dalam 8 bulan pasaran bear.

Menurut penganalisa matawang kripto popular GalaxyBTC, pasaran bull 40 hari yang lalu – jika benar kita dalam pasaran bull – telah mencukupi untu memadam keseluruhan 235 hari pasaran bear, atau hampir 8 bulan penuh tekanan jualan bearish dalam hanya sebulan penjualan.

Larian awal April yang menghantar harga Bitcoin naik $1,000 dalam masa sejam tergendala seketika antara $5,000 dan $5,800 sebelum melepasi $6,000 dan dengan cepat memanjat naik ke hampir $8,000 – tahap rintangan Bitcoin yang seterusnya.

Penganalisa itu menyatakan bahawa apa yang membuatkan kenaikan kali ini lebih menarik adalah ketiadaan hype di media, kekecohan ICO atau “dumb money” yang masuk ke dalam pasaran kripto, menaikkan harga, seperti yang dilihat pada penghujung tahun 2017 yang membawa Bitcoin kepada harga all-time high di $20,000. Pembelian kali ini dikatakan adalah hasil daripada perhatian daripada institusi yang semakin bertambah, dan pembelian sistematik dari “smart money” dan pemain besar lain yang sudah mengumpul Bitcoin sejak harga rendahnya.

Sejak harga rendah pada bulan Disember 2018, harga Bitcoin telah naik dua kali ganda, mencadangkan harga lantai telah pun ditetapkan, dan Bitcoin telah keluar dari “fasa pengumpulan” kepada larian bull seterusnya dan kitaran pasaran.

Ramai tidak menjangka Bitcoin akan mencapai ketinggian terkini selepas menunjukkan harga rendah dalam pasaran bear terpanjang dalam rekod. Apa yang bermula dengan larian penuh keraguan telah menjadi parabolik sepenuhnya, dan ramai sudah melawat kembali sasaran harga sebelum ini lebih daripada harga ATH Bitcoin iaitu $20,000, dengan ramai mencadangkan ATH baru ditetapkan sebelum penghujung tahun memandangkan sentimen FOMO yang dirasai di keseluruhan pasaran kripto global.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/05/14/bitcoin-bulls-are-back-40-days-of-uptrend-erases-nearly-8-months-of-bear-market/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.