Default – Above Header Ads

Bursa Dagangan Kripto OKEx Sertai Projek Blockchain Gergasi Internet Korea

OKEx mengumumkan bahawa ia menyertai Klaytn, sebuah platform blockchain awam global yang dibangunkan oleh anak syarikat Kakao, Ground X. OKEx menulis dalam siaran mdeia bahawa projek blockchain Klaytn akan melancarkan bursa perdagangan kripto ke dalam ekosistem mereka yang bertujuan untuk memperluaskan penggunaan blockchain.

OKEx menyertai beberapa gergasi industri seperti Samsung Blockchain, IDG Capital, dan Shinhan Bank. Bursa perdagangan kripto itu menyatakan perkongsian ini adalah peluang untuk membina ekosistem blockchain yang stabil dan dapat dihubungkan kepada rangkaian dan portfolio yang berbeza dalam industri blockchain. Andy Cheung, Ketua Operasi OKEx, mengulas perkongsian itu: “Bursa perdagangan kripto dan projek itu sendiri harus bekerjasama untuk menentukan dan mengunakan piawaian yang akan menggalakkan penggunaan aset digital secara global.”

Berikutan berita OKEx menyertai Klaytn, bursa perdagangan kripto itu melaporkan dalam siaran media bahawa ia telah menubuhkan 14 perkongsian lain dengan penyedia perkhidmatan untuk mempromosikan penggunaan token utiliti OKB. Cheung berkata: “14 perkongsian baru ini adalah ransangan untuk OKB, dan bersama komuniti kami, kami akan terus meneroka kemungkinan OKB. Dengan menawarkan pelbagai aplikasi yang lebih luas, pemegang OKB akan dapat menikmati hasil teknologi blockchain dan peningkatan nilai token kami.”

Rujukan:

https://okexpressroom.prowly.com/76359-okex-announces-new-partnership-with-klaytn-kakao-corporations-blockchain-project-as-ecosystem-partner

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.