Default – Above Header Ads

Bursa Perdagangan Kripto Binance Mengehadkan Akses kepada Penduduk Jepun

Dalam pengumuman pada 15 Januari di laman web sokongan Jepun Binance, bursa perdagagngan kripto itu mendedahkan ia akan menyekat akses kepada penduduk Jepun pada tarikh yang tidak ditentukan. Sekatan itu dikatakan dilaksanakan secara beransur-ansur, dengan butiran lanjut yang akan didedahkan kemudian, menurut pengumuman itu.

Pada masa ini, tidak ada sekatan wujud, dan pengguna Jepun dapat mengendalikan bursa perdagangan tersebut secara normal. Binance sebelum ini beribu pejabat di Jepun selepas keluar dari China. Seperti yang dilaporkan pada bulan Mac 2018, bursa perdagangan itu beralih ke Malta berikutan amaran rasmi oleh pengawal selia Jepun kerana kurangnya lesen bursa perdagangan kripto nasional.

Sesetengah bursa telah didaftarkan dengan pengawal selia. Saingan kepada Binance, Huobi telah memperoleh lesen itu pada Januari 2019, manakala syarikat bursa perdagangan kripto LINE, BitBox memperoleh lisennya pada bulan September.

Mungkin Binance menghadapi masalah pengawal seliaan yang sama meskipun tidak bertapak di Jepun dari segi undang-undang. Bursa perdagangan kripto Kraken tidak lagi menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Jepun mulai April 2018, mengakui kenaikan kos menjalankan perniagaan – berpotensi disebabkan oleh keperluan pelesenan dari pihak berkuasa.

Rujukan:

https://cointelegraph.com/news/binance-exchange-to-restrict-access-to-japan-residents

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.