Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bursa Perdagangan Kripto Huobi Bekerjasama Dengan Firma Hartanah UAE Untuk Melaksanakan Pembayaran Kripto

Bursa perdagangan kripto utama Huobi telah bekerjasama dengan firma hartanah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk membolehkan pelabur hartanah membayar menggunakan matawang kripto. Bursa perdagangan kripto yang berpangkalan di Singapura itu telah memasuki perkongsian dengan fäm Properties, sebuah agensi hartanah berpusat yang berpusat di Dubai, untuk menawarkan pilihan pembayaran kripto untuk pelabur hartanahnya.

Khususnya, perkongsian itu membolehkan fäm Properties menerima pembayaran dalam matawang kripto seperti Bitcoin (BTC), Ether (ETH), XRP dan matawang kripto utama lain termasuk stablecoin. Kerjasama itu akan berupaya menjadikan lebih banyak kestabilan dan kecairan dalam pasaran hartanah.

Lebih-lebih lagi, perkongsian itu akan memudahkan pelaburan di UAE serta menyediakan pasaran dengan nilai yang lebih tinggi, menurut Ketua Pegawai Eksekutif fäm Properties, Feras Al Msaddi: “Kerjasama ini akan memberi peluang kepada pelanggan kami dan kemudahan melabur di lokasi utama di UAE. Matawang kripto menjadi kaedah pembayaran yang semakin popular di seluruh dunia, dan pilihan tambahan ini akan meningkatkan urus niaga hartanah kami dan membawa lebih banyak nilai ke pasaran hartanah di sini.” Dilesenkan oleh Dubai Multi Commodities Centre (DMCC), sebuah penyedia infrastruktur untuk mengembangkan komoditi berdagang di Dubai, Huobi akan memastikan urus niaga pelanggan fäm Properties mematuhi undang-undang.

Rujukan:

https://www.ameinfo.com/industry/real-estate/huobi-and-fam-properties-partner-to-offer-secure-cryptocurrency-payment-options-for-real-estate-buyers

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.