Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bursa Pertukaran Beroperasi di UAE Mendapat Kelulusan Awal dari Penguatkuasa

Bursa pertukaran kripto dan custodian yang beroperasi di United Arab Emirates (UAE) Arabian Bourse (ABX) – usaha sama antara GMEX Group dan Arshad Khan – telah menerima kelulusan awal dari the Financial Services Regulatory Authority of Abu Dhabi Global market (ADGM). Berita itu dilaporkan oleh laman web berita kewangan Markets Media pada 6 Jun.

GMEX Group adalah satu set firma yang menawarkan perdagangan aset pelbagai, infrastruktur selepas perdagangan dan penyelesaian bisnes dan teknologi. Projek Arabian Bourse – ditubuhkan bersama-sama dengan pengasas bursa pertukaran wilayah itu Arshad Khan – bermatlamat untuk berkhidmat sebagai bursa pertukaran aset kripto dan custodian yang dikawal selia dan fokus kepada pedagang institusi dan biasa antarabangsa.

Menurut Markets Mediz, ABX implementasi teknologi dari bisnes blockchain GMEX Group, khususnya GMEX Fusion yang dikatakan adalah “hibrid penyelesaian teknologi lejar teragih blockchain dan berpusat.”

GMEX Group dan Arshad Khan dilaporkan membangunkan ABX sebagai “ekosistem berintegrasi untuk penyenaraian aset kripto, perdagangan dan penyelesaian dengan penjagaan digital yang berkaitan, depositori dan perkhidmatan data.” Ekosistem tersebut bertujuan untuk menghubungkan aktiviti kripto di Timur Tengah dan Afrika Utara dengan pusat kripto antarabangsa yang lain.

ABX akan beroperasi di Abu Dhabi Global Market Authorities Building – dilaporkan untuk mendapat kebaikan daripada rangka kerja penguatkuasaan aset kripto bandar itu yang proaktif, jumlah institusi kewangan antarabangsa yang tinggi, dan industri aset kripto yang berkembang dengan cepat di wilayah itu.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, bursa pertukaran kripto yang beroperasi di UAE BitOasis telah mendapatkan kelulusan daripada penguatkuasa kewangan pada pertengahan Mei tahun ini.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/uae-based-crypto-exchange-seals-preliminary-approval-from-regulators

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads