Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bursa Pertukaran Huobi memulakan Operasi di Jepun

 

Bursa pertukaran kripto popular Huobi mengumumkan ia akan melancarkan perkhidmatannya di Jepun. Dalam tweet itu, unit Huobi di Jepun menulis pada 8 Januari:

“Tambahan lagi, unit bursa pertukaran kripto di Jepun telahpun memberitahu penggunanya bahawa perdagangan akan bermula pada 8 Januari. Untuk menyambut pelancaran itu, bursa pertukaran itu akan memulakan satu kempen, memberi XRP bernilai 500 yen (USD$4.60) kepada akaun baru.”

Menurut data di Coinmarketcap, Huobi adalah bursa pertukaran kripto ke-7 terbesar dari segi jumlah perdagangan. Pada penghujung Disember 2018, South China Morning Post melaporkan syarikat itu mengoptimumkan pekerja dengan membuang pekerjanya yang mempunyai prestasi paling rendah, merujuk jurucakap Huobi Group.

Dia juga menambah bahawa syarikat itu masih mengambil pekerja baru untuk pasaran yang akan datang dan juga bisnes utama. Namun begitu, apa yang menarik adalah pembuangan pekerja dibuat ketika pasaran menurun di 2018 yang melihat lebih UsD$700 bilion hilang dari pasaran kripto.

Pada bulan Oktober, Huobi melancarkan stablecoin baru yang dipanggil “HUSD”. Tidak seperti stablecoin lain, HUSD boleh bertukar-tukar. Pengumuman rasmi menerangkannya:

“Contohnya, jika anda deposit 1 PAX, ia akan menunjukkan 1 HUSD dalam akaun anda dan anda boleh mengeluarkan 1 TUSD (tidak mengambil kira yuran transaksi dalam Blockchain).”

Huobi ditubuhkan pada tahun 2013 dan dilaporkan menjadi ketua platform perdagangan aset digital di China pada waktu itu. Syarikat itu mempunyai pelaburan dalam syarikat besar seperti Sequoia Capital.

Bursa pertukaran itu mempunyai pejabat di beberapa negara termasuk SIngapura, Hong Kong, Jepun, Korea dan beroperasi di 130 negara.

Pada bulan November 2018 CryptoPotati menemu bual Ketua bahagian Pelaburan dan Pembangunan Bisnes di Amerika Utara untuk Dana Ekosistem Global Huobi. Bursa pertukaran kripto itu meletakkan Amerika Syarikat sebagai sasaran Perkembangan akan datang.

Sumber:

https://cryptopotato.com/cryptocurrency-exchange-huobi-begins-its-operations-in-japan/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads