Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bursa Pertukaran Kraken akan Menambah Sokongan untuk BAT dan WAVES

Bursa pertukaran Amerika Kraken telah menambah sokongan untuk Basic Attention Token (BAT) dan Waves (WAVES).

Menurut pengumuman 21 Ogos, pengguna bursa pertukaran itu akan boleh deposit, mengeluarkan dan mendagangkan kedua-dua aset bermula pada 22 Ogos. Kraken telah menambah pasangan dagang antara BAT dan WAVES dan Bitcoin dan Ether, dan juga matawang fiat seperti Euro dan US dollar.

“Pelaksanaan perdagangan pertama akan mengambil masa yang agak lama kerana permintaan penjualan tidak boleh diletakkan sehingga deposit telah dikredit,” tambah terbitan.

BAT adalah token berdasarkan Ethereum dan token natif pelayar Internet desentralisasi berdasarkan blockchain, Brave. Ia direka bentuk untuk menambah baik bagaimana pencipta kandungan dibayar dan bagaimana pengguna melihat iklan. WAVES menguasakan blockchain Waves, platform yang membenarkan pengguna untuk membina token mereka sendiri dan bercita-cita untuk menjadi blockchain terpantas di dunia.

Sebelum ini, Nelson Minier, ketua perdagangan OTC di Kraken, berkata bahawa perdagangan OTC setiap bulan telah bertambah dengan faktor 20 sejak awal tahun 2018.

Kraken adalah bursa pertukaran besar Amerika Utara yang ditubuhkan pada tahun 2011 dan beroperasi di San Francisco. Ia adalah bursa pertukaran ke-59 terbesar, menurut data dari CoinMarketCap, dengan jumlah perdagangan 24 jam sebanyak $189.5 juta.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/kraken-crypto-exchange-to-add-support-for-bat-and-waves

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads