Default – Above Header Ads

Bursa Pertukaran Kripto Besar Binance Membuka Cawangan Singapura

Binance, bursa pertukaran kripto terbesar mengikut jumlah perdagangan, menurut CoinMarketCap, melancarkan cawangan Singapura, operasi yang ketiga dalam ekosistemnya.

Bursa pertukaran baru itu akan membolehkan pembelian dan penjualan matawang kripto dalam Dollar Singapura (SGD), dalam pasaran kripto yang kian berkembang. Suasana pengawalseliaan Singapura yang mesra kripto dan kedudukannya sebagai pusat kewangan Asia Tenggara telah membawa kepada ekonomi yang dikembangkan oleh syarikat dan pengguna blockchain.

Didahulukan dengan pelancaran awal, Binance SIngapore telah melihat purata peningkatan pengguna sebanyak 20 peratus setiap minggu sejak April.

“Kami sangat berbesar hati dengan respon pasaran yang positif kepada Binance Singapore setakat ini, yang sebahagian besar adalah kerana rakan kongsi pelaburan srategik kami,” menurut Changpeng “CZ” Zhao, CEO Binance, yang merujuk kepada Vertex Ventures China dan Vertex Ventures Southeast Asia and India, sebahagian daripada kumpulan dana venture capital berumur 30 tahun.

Vertex pada awalnya membuat pelaburan strategik ke dalam Binance pada tahun 2018 dengan matlamat untuk membangunkan bursa pertukaran kripto dalam bandar negara itu. Jumlah pelaburan tidak didedahkan.

Kerjasama Vertex dengan startup fintech tempatan, Xfers, memastikan Binance mempunyai yuran perdagangan paling rendah dalam mana-mana bursa pertukaran kripto. Xfers membantu menguruskan jumlah transaksi dan pendaftaran pelanggan.

Deposit dan pengeluaran diimplementasi melalui sistem pemindahan FAST Singapura, iaitu Fast and Secure Transfers.

Melalui beratus kripto yang boleh didapati dari platform asal, Binance Singapore akan dilancarka dengan hanya tiga aset – Bitcoin, Ethereum dan Binance Coin. Syarikat itu juga akan memperkenalkan aset tambahan lain, selepas mendapat pengesahan keselamatan, pematuhan dan perkembangan pasaran.

Baru-baru ini, Binance telah mengunjurkan perkhidmatan dan ciri-ciri baru termasuk perancangan perkenalan stablecoin dan juga token yang disandarkan kepada bitcoin di atas blockchainnya sendiri. Syarikat itu juga akan melancarkan futures kripto dengan 20x leverage.

Sumber:

https://www.coindesk.com/exchange-behemoth-binance-opens-singapore-branch

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads