Bursa Pertukaran Kripto China Ingin Masuk Pasaran Hong Kong
Keadaan pasaran menurun yang berlarutan tanpa tanda perubahan trend menyebabkan bursa pertukaran kripto dan syarikat perlombongan kripto di China mencari jalan lain untuk bertahan. Salah satu cara yang meningkat adalah penggabungan syarikat secara terbalik di Hong Kong kerana harapan IPO yang semakin hilang.
Penguatkuasa Hong Kong bertambah berhati-hati dengan firma kripto China yang cuba untuk disenaraikan secara awam untuk mengelak daripada pemadaman digital dalam negara mereka sendiri. Menurut SCMP, yang memetik daripada ‘orang yang lebih biasa dengan subjek itu’, ketua eksekutif Hong Kong Exchanges and Clearing, Charles Li Xiaojia, mengatakan bahawa syarikat yang mencari untuk menjadi awam akan menunjukkan konsistensi dalam model perniagaan mereka. Komen itu adalah merujuk secara langsung kepada komen media tentang perancangan IPO berprofil tinggi dari Bitmain, Canaan dan Ebang, walaupun dia tidak menyebut mereka secara khusus.
Nampaknya penggabungan syarikat secara terbalik semakin popular sebagai cara untuk menjadi awam tanpa perlu melalui proses IPO yang mengambil masa yang lama dan rumit. Seperti yang dilaporkan oleh NewsBTC baru-baru ini, Blockchain Exchange Aliiance Singapura sudah mencuba teknik yang sama untuk bursa pertukaran kripto Bithumb yang dimiliki secara majoriti, dengan membeli syarikat awam blockchain di Amerika Syarikat. Jika Bithumb, yang kini antara bursa pertukaran kripto teratas dengan jumlah perdagangan sebanyak $1.3 bilion, berjaya disenarai awam di Amerika Syarikat, ia akan menjadi bursa pertukaran kripto yang Pertama yang membuatnya. Mike Novogratz melakukan perkara yang sama dengan Galaxy Digital di pasaran Kanada selepas penggabungan syarikat secara terbalik dengan syarikat shell awam, Bradmer Pharmaceuticals.
Minggu yang lalu OKC Holdings Corp, syarikat induk OKCoin, membeli saham majoriit di syarikat kejuruteraan awam di Hong Kong, Leap Holdings Group. Penggabungan itu membenarkan syarikat itu mendapatkan “back door listing” tanpa perlu melalui proses IPO.
Bursa pertukaran kripto China, Huobi juga membuat perkara yang sama apabila ia memberli 68% dari saham Pantronics Holdings yang disenaraikan dalam pasaran Hong Kong pada bulan Ogos yang lalu. Penggabungan syarikat secara terbalik ini telah menjadi pilihan untuk disenarai awam berikutan kejatuhan keuntungan di pasaran kripto. Menurut penganalisa matawang kripto di Symbt, Xiao Lei:
“Hong Kong adalah pasaran paling mudah untuk IPO terbalik, kerana terdapat banyak saham kapital kecil,”dan menambah “Ia tidak berjalan lancar untuk pengeluar hardware seperti Bitmain untuk menjadi awam, apalagi untuk syarikat yang terlibat secara langsung dalam perdagangan matawang kripto.”
Pasaran yang telah menurun sejak tahun lalu tidak menunjukkan tanda perubahan dan jika penganalisa industri betul, terdapat lebih banyak kesakitan utnuk syarikat matawang kripto dan blockchain.
Sumber:
https://www.newsbtc.com/2019/01/26/chinese-crypto-exchanges-seek-backdoor-listings-in-hong-kong/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!