Bursa Pertukaran Kripto Coinbase Berhadapan dengan Kempen #DeleteCoinbase
Coinbase mengatakan ia sedang menilai kembali pemerolehan terbarunya yang dianggap kontroversial dan memulakan kempen #DeleteCoinbase di Twitter.
Kempen itu bermula apabila Coinbase mengumumkan pemerolehan di bulan Februari: Neutrino, syarikat analisa blockchain yang mengetuai projek untuk startup Hacking Team. Menurut Motherboard, Coinbase mengetahui bahawa Hacking Team telah menjual spyware kepada kerajaan dengan sejarah penderaan hak asasi manusia, termasuk di Sudan, Arab Saudi dan Ethiopia.
Dalam laporan yang diterbitkan pada tahun 2013 oleh Reporters Without Borders, Hacking Team adalah satu daripada lima syarikat yang dikatakan adalah “musuh Internet”.
“Tanpa teknologi canggih, rejim autoritarian tidak akan boleh merisik pergerakan rakyatnya. Reporters Without Borders buat pertama kali telah menyenaraikan lima ‘Musuh Korporat Internet’, lima syarikat sektor persendirian yang dianggap ‘tentera upahan era digital’ kerana mereka menjual produk yang digunakan oleh kerajaan autoritarian untuk menjalankan pelanggaran hak asasi manusia dan kebebasan maklumat. Mereka adalah Gamma, Trovicor, Hacking Team, Amesys dan Coat.”
Beberapa pengguna Coinbase telah memadam akaun mereka untuk menghantar mesej yang jelas bahawa mereka tidak akan bertoleransi dengan kerjasama strategik yang mementingkan keuntungan lebih daripada orang.
Not that I’m @coinbase’s biggest customer by any stretch of the imagination, but I’m done.
I was never a fan, but this is too much. Thanks @davidzmorris, @arjunblj, @J9Roem for bringing this to light.
Deleted my account and so should you. Share your images with #DeleteCoinbase. pic.twitter.com/G2llRID5UF
— Udi Wertheimer (@udiWertheimer) February 27, 2019
I made excuses for @coinbase far longer than they deserved.
There are now plenty of alternatives, some have far better UX (@cash), and their partnering with Hacking Team makes it impossible for me to dismiss their obvious cowardice & lack of ethics. Long overdue #DeleteCoinbase pic.twitter.com/4nahCaQqCH
— Guy Swann ⚡ (@TheCryptoconomy) February 28, 2019
Ketua penjualan Coinbase, Christine Sandler memberitahu Cheddar bahawa syarikat itu sedang menyiasat isu itu.
“Kami sedar akan latar belakang beberapa orang yang terlibat dalam Neutrino, dan akan menyiasat perkara itu. Sebab utama pemerolehan Neutrino adalah ia mempunyai teknologi terbaik dalam industri.
Ia penting untuk kami berpindah daripada pembekal sedia ada. Mereka menjual data klien kepada sumber luar, dan ia penting untuk kami mendapatkan kembali kawalan itu dan memperoleh teknologi proprietari yang kami boleh gunakan untuk memastikan data selamat dan melindungi klien kami.”
Mengenai kenyataan itu, Tuur Demeester, dari Adamant Capital mempersoalkan bagaimana mengakui Coinbase bekerja dengan syarikat yang tidak beretika – yang menjual data klien – menjustifikasi penjelasannya untuk bekerja dengan lebih banyak pihak yang tidak beretika.
? revelation from @Coinbase.
– Was customer privacy breached? (or only aggregate data)
– How long have you known?
– Did previous tracking providers break contract? (why no lawsuit yet)
– How is this an argument explaining acqui-hire of unethical people?https://t.co/KP4LVD7Yhs pic.twitter.com/JLXGh9YlW4— Tuur Demeester (@TuurDemeester) March 3, 2019
Kontroversi terbaru ini menenggelamkan usaha CEO Brian Armstrong untuk membantu rakyat yang ditindas seluruh dunia. Tahun yang lalu, Armstrong telah melancarkan GiveCrypto, inisiatif filantrofi yang mengedarkan matawang kripto kepada penduduk yang hidup dalam kemiskinan.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!