Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bursa Pertukaran Kripto Coinsquare Melancarkan Stablecoin Bersandarkan Canadian Dollar

 

Coinsquare, salah satu bursa pertukaran teratas di Kanada, akan melancarkan stablecoin yang disandarkan oleh Canadian Dollar, dipanggil eCAD, menurut sidang media pada 4 April.

Coin baru itu dilaporkan akan disandarkan pada ratio 1:1 dengan Canadian Dollar. Coinsquare mengatakan bahawa coin baru itu akan boleh dipercayai dan menjadi tempat penyimpanan nilai yang stabil yang memberi pelabur alternatif yang sama dengan stablecoin yang disandarkan kepada USD. 

CEO Coinsquare, Cole Diamond berkata:

“Pelancaran eCAD akan mencipta cara pertama yang telus, berpatutan dan selamat untuk memindahkan nilai di Kanada dan tempat lain, tanpa risiko ketidakstabilan dalam pasaran matawang kripto tradisional.”

Pengumuman itu tidak memberi garisan masa untuk coin itu dilancarkan secara rasmi.

Stablecoin dilihat oleh sesetengah orang sebagai jambatan antara ruangan kripto dan pelabur tradisional, kerana sandaran kepada matawang, komoditi atau algoritma boleh memberi kestabilan kepada matawang kripto yang tiada sandaran.

Komuniti kripto telah menekankan kepentingan audit untuk projek stablecoin, kerana beberapa stablecoin telah disyaki tidak mempunyai rizab sandaran yang mencukupi.

Tahun yang lalu, stablecoin Tether (USDT) mendapat subpoena oleh kerajaan Amerika Syarikat berikutan syak bahawa projek itu tidak mempunyai sandaran USD yang mencukupi seperti yang didakwa. 

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/coinsquare-crypto-exchange-launches-canadian-dollar-backed-stablecoin

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads