Default – Above Header Ads

Bursa Pertukaran Kripto Membersihkan ‘Wash Trading’, Menurut BTI

Menurut laporan Blockchain Transparency Institute (BTI) dalam Market Surveillance Report, BTI mendedahkan bahawa beberapa bursa pertukaran kripto telah memberi kerjasama dengan program verifikasi untuk membersihkan wash trading.

Program itu telah berjaya mengenal pasti dan menutup akaun wash trading di banyak bursa pertukaran kripto, menyumbang kepada penurunan global wash trading sebanyak “35.7% daripada 40 bursa pertukaran teratas.”

“Bursa pertukaran terbersih” yang disenaraikan dalam program itu adalah Kraken, Poloniex, Coinbase, dan UpBit. OKEx dan Bibox mempunyai jumlah wash trading paling tinggi antara bursa pertukaran 40 teratas, dengan sehingga 75 peratus jumlah perdagangan palsu.

Malah, bursa pertukaran kripto yang dikawal selia ketat juga tidak terkecuali daripada menaikkan jumlah perdagangan mereka untuk menarik pedagang. Di Bithumb, yang beroperasi di Korea Selatan, akaun wash trading meliputi sehingga 90% daripada jumlah perdagangan untuk Dash dan Monero, menurut laporan itu.

Masih lagi terdapat 73 bursa pertukaran dalam senarai Top-100 di CoinMarketCap dengan jumlah wash trading lebih dari 90 peratus, menurut BTI. Bot wash trading dikenal pasti melalui “corak pembelian yang berulang” dan juga melalui pemerhatian “pembentukan lilin tidak konsisten dan/atau bar jumlah perdagangan yang rata”. Bursa yang sama ini memaparkan spoofing, atau “permintaan dan pelaksanaan perdagangan hantu” yang mencipta ilusi aktiviti perdagangan.

Menurut laporan itu, wash trading Bitcoin, Ether, XRP dan Litecoin berlaku dalam 40 bursa pertukaran kripto teratas. Token yang paling banyak terlibat adalah ETC, Monero dan Dash.

Sumber:

https://cryptobriefing.com/crypto-exchanges-wash-trading-clean/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.