Bursa Pertukaran Kripto OKEx akan Membangunkan Blockchain Sendiri
Bursa pertukaran kripto OKEx akan membangunkan blockchain sendiri dan juga bursa pertukaran desentralisasi, menurut terbitan blog pada 22 Mac.
Menurut terbitan itu, OKEx sedang membangunkan blockchain sendiri, yang dipanggil “OKChain”, yang kini dikatakan dalam peringkat terakhir pembangunan. Syarikat itu menjangka akan memulakan testnet pada bulan Jun tahun ini. OKChain juga akan menjadi Dasar kepada bursa pertukaran desentralisasi OKEx.
Selain daripada itu, terbitan itu juga mengatakan bahawa token utiliti OKEx, OKB, akan dimasukkan ke dalam blockchain ERC20 menjelang penghujung April, dan akan berpindah ke mainnet OKChain apabila ia stabil. OKB dilaporkan akan digunakan untuk pra-penjualan token.
Pada bulan Februari, OKEx melancarkan sokongan untuk perdagangan Thai baht-kripto di platform klien-ke-kllien, dengan hanya Bitcoin, Tether, Ethereum dan Litecoin yang didagang dengan Thai baht di platform itu.
Pada bulan Januari, Cointelegraph melaporkan bahawa Star Xu, pengasas kepada bursa pertukaran OKEx dan OKCoin, membeli saham majoriti di LEAP Holdings – firma jurutera pembinaan yang ditubuhkan di Caymans Island, yang disenaraikan di Hong Kong Stock Exchange.
Pada bulan Disember yang lalu, OKEx melancarkan produk derivatif kripto baru yang dipanggil Perpetual Swap, yang membolehkan pengguna spekulasi nilai Bitcoin/USD di masa hadapan, menurut indeks OKEx. Produk OKEx itu dilaporkan tidak mempunyai tarikh luput, bermakna “kedudukan boleh dipegang sehingga bila-bila.”
OKEx adalah bursa pertukaran kelapan terbesar di dunia dengan jumlah perdagangan harian terselaras sebanyak $615 juta sehari.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/crypto-exchange-okex-is-developing-its-own-blockchain-platform
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!