Bursa Pertukaran Kripto QaudrigaCX Tidak Sengaja Menghantar Hampir $400k kepada Wallet CEO yang Telah Mati
Pada 12 Februari, firma EY yang memantau kes QuadrigaCX, menyerahkan laporan pertamanya kepada Mahkamah Agung Nova Scotia. Dalam laporan itu, EY menyatakan bahawa bursa pertukaran kripto itu secara “tidak sengaja” memindahkan $370,800 dalam Bitcoin kepada cold wallet yang dikawal oleh CEO Gerald Cotten yang baru sahaja mati.
Laporan itu membaca:
“Pada 6 Februari 2019, Quadriga tanpa sengaja memindahkan 103 Bitcoins yang bernilai CAD $468,675 kedalam cold wallet Quadriga di mana syarikat itu tidak boleh akses buat masa ini.
Pemantau kini bekerja dengan bahagian Pengurusan untuk mendapatkan kembali matawang kripto ini dari beberapa cold wallet itu, jika mampu.”
https://www.ccn.com/wp-content/uploads/2019/02/11.png
Sepanjang beberapa minggu yang lalu, CCN telah melaporkan tentang QuadrigaCX dan cerita yang melibatkan CEO syarikat itu mati dengan kata kunci kepada cold wallet bursa pertukaran kripto itu yang mengandungi dana pengguna.
Jika kata kunci itu tidak boleh ditemui, ini bermakna kandungan dalam cold wallet itu akan hilang buat selamanya.
Buat masa ini, syarikat itu dan kreditor QuadrigaCX hanya mempunyai akses kepada hot wallet syarikat itu. Namun begitu, EY mendedahkan bahawa hot wallet QuadrigaCX hanya mempunyai kurang dari $1 juta dalamnya, dan jumlah itu tidak mencukupi untuk membayar kembali pengguna yang syarikat itu berhutang lebih $150 juta.
The Wall Street Journal pula melaporkan kecurigaan terhadap sama ada keterangan yang diberikan oleh QuadrigaCX tentang kehilangan $190 juta dalam dana kerana penyelidik persendirian tidak menemui bukti kukuh untuk membuktikan kewujudan cold wallet yang dimiliki bursa pertukaran kripto itu.
Sumber:
https://www.ccn.com/quadrigacx-sent-400000-dead-ceo-bitcoin-wallet
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!