Default – Above Header Ads

Bursa Pertukaran Kripto Ukraine, Liqui, Tutup Kerana Tiada Kecairan

 

Liqui, bursa pertukaran kripto Ukraine telah baru-baru ini mengumumkan ia akan tutup buat selamanya. Penutupan itu adalah hasil daripada ketiadaan kecairan, yang menyebabkan ia tiada kebolehan untuk terus menawarkan perkhidmatan kepada penggunanya.

Dalam pengumuman itu, Liqui memberitahu penggunanya supaya mengeluarkan aset mereka dalam masa 30 hari, bermula dari 28 Januari 2019, kerana ia akan tutup selepas itu.

Pengumuman dari team Liqui adalah:

“Baru-baru, kami gembira mengumumkan perubahan dalam polisi kami. Kami telah memberi anda hak untuk membuat keputusan sama ada kamu ingin berada bersama kami dalam perjalan pertukaran kripto ini dengan menerima perubahan ini. Tetapi malangnya, selepas langkah ini Liqui tidak boleh menawarkan kecairan kepada pengguna. Kami juga tidak nampak apa-apa kebaikan dalam menawarkan servis kami kepada anda. Namun begitu, kami tidak mahu kembali ke mana kami berada sebulan yang lalu. Oleh itu, kami telah membuat keputusan untuk menutup semua akaun dan berhenti menawarkan perkhidmatan kami. Ia amat menyedihkan kami untuk berbuat begitu.”

Sebelum ini, bursa pertukaran itu membuat perubahan dalam polisinya. Ini telah menyebabkan bursa pertukaran itu menasihatkan penggunanya yang tidak selesa dengan perubahan itu untuk meninggalkan platform itu. Isu itu sementara dan walaupun beberapa pedagang meninggalkan platform itu, masih ramai yang kekal. Namun, dengan pengumuman baru-baru ini, bursa pertukaran itu akan tutup akhirnya.

Sama ada syarikat itu akan beroperasi kembali masih tidak diketahui. Menurut bursa pertuakran itu, penurunan pasaran kripto telah menjejaskan syarikat itu. Jadi jika ia ingin kembali beroperasi, keseluruhan pasaran kripto perlu pulih. Menurut kenyataan daripada bursa pertukaran itu, “Setiap penghujung adalah permulaan baru. Dengan rezeki tuhan, kita boleh mulakan sekali lagi.”

Sumber:

https://coindoo.com/ukrainian-crypto-exchange-liqui-shuts-down-due-to-lack-of-liquidity/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.