Skip to main content
Live
  • BTCRM 307,427+0.09%
  • ETHRM 9,061+0.14%
  • USDTRM 4.06+0.09%
  • BNBRM 2,826+0.41%
  • XRPRM 4.71-1.88%
  • USDCRM 4.06+0.08%
  • SOLRM 363.56-0.41%
  • TRXRM 1.30+0.45%
  • FIGR_HELOCRM 4.17-0.56%
  • ZECRM 5,127-5.86%
  • HYPERM 314.80-0.74%
  • XMRRM 2,476-2.05%
  • DOGERM 0.2911-1.36%
  • USDSRM 4.06+0.06%
  • WBTRM 295.35+0.14%
Advertise

Bursa Pertukaran KuCoin Menambah Pembelian Kad Kredit untuk Kripto Utama

Coin.my2 min read491 views
Bursa Pertukaran KuCoin Menambah Pembelian Kad Kredit untuk Kripto Utama

 

Bursa pertukaran kripto yang beroperasi di Singapura, KuCoin telah menambah sokongan untuk membeli matawang kripto dengan kad kredit.

Pengguna kini boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk membeli matawang kripto besar di bursa Kucoin. Ini adalah cubaan pertama KuCoin untuk menerima fiat, menjadikan ia mudah untuk pelabur mendapatkan aset kripto.

Seperti yang disebut dalam pengumuman KuCoin, pengguna bursa itu boleh membeli Bitcoin, Ether, Litecoin dan XRP menggunakan kad kredit mereka. Pilihan pembayaran itu telah diperkenalkan melalui kerjasama dengan Simplex, perkhidmatan pemproses pembayaran yang terkenal. Bursa pertukaran Malta, Binance juga telah mengumumkan pilihan yang sama di platformnya.

Semua pembelian yang dibuat melalui kad kredit atau debit akan dikenakan caj oleh Simplex. Caj itu adalah 5% dari jumlah keseluruhan kos transaksi Pengguna dengan minima $10 setiap pembelian. Namun begitu, KuCoin tidak akan mengenakan caj untuk memproses transaksi itu.

Walaupun pilihan kad kredit baru itu boleh dibuat dalam masa 5-30 minit, pengguna KuCoin tidak boleh membeli kripto yang baru sahaja dilancarkan seperti BitTorrent token dan Grin dengan menggunakan kad kredit atau debit.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/kucoin-has-enabled-credit-card-purchases-on-its-cryptocurrency-trading-platform/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!