Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bursa Pertukaran OKEx Korea Mengeluarkan Altcoin Privasi

Perdagangan untuk Monero, Dash, ZCash, Horizen dan Super Bitcoin di OKEx Korea telah digantung pada 10 Oktober kerana isu pengawal seliaan.

Menurut pengumuman yang dibuat oleh bursa pertukaran itu pada 10 September, matawang kripto yang fokus kepada privasi melanggar beberapa peraturan yang tidak membenarkan bursa pertukaran itu untuk patuh kepada undang-undang. Kerana sebab ini, pada 10 Oktober, perdagangan altcoin yang telah disebut di atas akan dihentikan dan pengguna akan mempunyai masa sehingga 10 Disember 2019 untuk mengeluarkan dana mereka.

Pengumuman itu menjelaskan bahawa keputusan itu diambil untuk menghormati garis panduan yang ditetapkan oleh Financial Action Task Force (FATF), organisasi kerajaan yang melarang penggubahan wang haram. Khususnya, OKEx perlu mematuhi “peraturan perjalanan” yang telah didefinisi FATF pada bulan Jun lalu.

Peraturan itu memerlukan bursa pertukaran mengumpul dan memindahkan maklumat pelanggan seperti nama penghantar, nombor akaun dan maklumat lokasi untuk transaksi bernilai lebih dari $1,000. Memandangkan coin privasi tidak membolehkan maklumat itu diambil kerana reka bentuk mereka, OKEx telah membuat keputusan untuk menghentikan sokongan untuk altcoins tersebut.

Namun begitu, keputusan itu hanya dibuat untuk cawangan Korea bursa pertukaran itu, memandangkan tekanan dari kerajaan Korea terhadap bursa pertukaran untuk implementasi garis panduan FATF.

Walaupun tidak terdapat indikator bursa pertukaran memaparkan niat untuk mengikut strategi yang sama, garis panduan FATF memerlukan semua platform implementasi “peraturan perjalanan” menjelang 2020. Apa yang dijangkakan adalah yang seterusnya untuk mengikuti pengawal seliaan ini adalah bursa pertukaran Eropah dan Amerika.

Sumber:

https://btcmanager.com/cryptocurrency-exchange-okex-korea-privacy-altcoins/?q=/cryptocurrency-exchange-okex-korea-privacy-altcoins/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Default – Between Post Ads