Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bursa Saham Kedua Terbesar Jerman Börse Stuttgart Menyenaraikan ETN Ripple dan Litecoin

Börse Stuttgart (SWB), bursa saham kedua terbesar di Jerman, telah menyenaraikan dua exchange-traded notes (ETN) kripto, menurut sidang media yang dikongsi bersama Cointelegraph pada 13 Mei.

Berdasarkan dua matawang kripto utama, XRP dan LTC, dan dikeluarkan melalui XBT Provider, kedua-dua ETN itu kini boleh didagangkan berlawanan dengan dengan Krona Sweden (SEK) dan Euro (EUR) di Börse Stuttgart, bursa saham ke-10 terbesar di Eropah, menurut pengumuman itu.

Penyenaraian ETN kripto SWB itu dilaporkan membolehkan pelabur menjejak perkembangan harga masa hadapan XRP dan LTC melalui sekuriti yang didagang di bursa saham itu, di mana ia adalah inisiatif pertama di Jerman, menurut penjelasan eksekutif Börse Stuttgart Jürgen Dietrich dalam sidang media itu.

Sama seperti produk exchange-traded lain, ETN kripto dilaporkan boleh didapati untuk perdagangan di bursa pertukaran dari 8:00 to 22:00 Central European Time (CET).

ETN berdasarkan XRP dan LTC telahpun didagangkan di Sweden di bursa saham milik Böerse Stuttgart, Nordic Growth Market (NGM) sejak 4 April.

Awal tahun ini, Böerse Stuttgart secara rasmi melancarkan aplikasi perdagangan kriptonya, Bison.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/germanys-second-top-exchange-borse-stuttgart-lists-ripple-and-litecoin-based-etns

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads