Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bursa Saham Kedua Terbesar Jerman Dan Solarisbank Bekerjasama Untuk Melancarkan Bursa Kripto

 

SolarisBank dan Stuttgart Exchange Group bersama-sama membangunkan infrastruktur untuk bursa pertukaran kripto. Stuttgart Exchange, yang ditubuhkan pada tahun 1860, merupakan bursa saham kedua terbesar di Jerman dan kesembilan terbesar di Eropah. SolarisBank pula adalah syarikat fintech Jerman yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang memegang lesen perbankan dan menawarkan perkhidmatan “Perbankan sebagai Platform”.

Pertukaran kripto kedua-dua syarikat ini, “yang dijadualkan dilancarkan pada separuh pertama tahun 2019,” akan mempunyai SolarisBank bertindak sebagai platform perbankan pertukaran. Roland Folz, Ketua Pegawai Eksekutif SolarisBank, mengumumkan bahawa “platform dagangan ini yang boleh dipercayai dan cekap adalah sumbangan asas kepada wawasan dunia kewangan hibrid dengan penggunaan kedua-dua mata wang fiat dan mata wang kripto.”

Siaran akhbar menyatakan bahawa Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) akan tersedia untuk diperdagangkan di bursa tersebut kepada pelabur runcit dan institusi. Selain itu, platform ICO, yang telah diumumkan pada bulan Ogos, juga sedang dibangunkan untuk bursa kripto ini. Mata wang kripto yang diperkenalkan di platform ini juga akan turut didagangkan di pasaran sekunder.

Sumber:

https://solarisbank.pr.co/170255-solarisbank-unterstutzt-gruppe-borse-stuttgart-bei-der-entwicklung-ihres-handelssystems-fur-r

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.