Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bursa Saham Shanghai Berkerjasama Dengan Syarikat Insurans Utama Untuk Tingkatkan Industri Insurans Dan Pencen Menggunakan Teknologi Blockchain

 

Shanghai Stock Exchange (SSE) dan Persatuan Pengurusan Aset Insurans China (IAMAC) telah bersetuju untuk bekerjasama dalam meningkatkan industri insurans dan pencen dengan menggunakan teknologi blockchain. China Securities Journal menulis pada Isnin bahawa SSE, bursa saham keempat terbesar di dunia, telah disertai oleh beberapa pemain industri insurans utama, termasuk IAMAC, Changjiang Pension Insurance Company, Tokyo Maritime Sunshine, dan lain-lain.

Matlamat yang dikemukakan oleh kumpulan baru ini adalah “untuk mewujudkan industri insurans dan pencen yang baru, berkecekapan tinggi, berkos rendah dan lebih selamat” menerusi penggunaan teknologi blockchain. Artikel itu menjelaskan: “Transformasi digital untuk industri insurans akan membina platform perkhidmatan blockchain dalam menyelesaikan masalah kekurangan inovasi perusahaan.”

Seperti yang dilaporkan pada 12 Julai, Bursa Saham Shanghai telah mendedahkan rancangannya untuk menggunakan blockchain dalam urus niaga sekuritinya, untuk peningkatan penggunaan teknologi lejar digital (DLT) oleh institusi yang lebih besar.

Sumber:

http://www.cs.com.cn/jg/05/201808/t20180820_5860664.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads