Default – Above Header Ads

Bursa Saham Switzerland SIX Sedang Membangunkan Swiss Franc Stablecoin

SIX, kumpulan bursa saham nasional Switzerland, sedang membangunkan “stablecoin” sendiri – matawang kripto yang disandarkan kepada Swiss franc – untuk memudahkan transaksi di Bursa Pertukaran Digital SIX menurut CoinDesk.

Jurucakap dari SIX mengesahkan langkah itu dalam emel, memberitahu CoinDesk:

“Ya, kami sedang membangunkan CHF Stablecoin – jadi Swiss franc.”

SIX tidak boleh memberi maklumat lanjut tentang sama ada coin bersandarkan Swiss franc akan digunakan hanya dalam SDX (seperti JPM Coin JPMorgan Chase) atau wujud secara awam seperti stablecoin lain yang digunakan untuk didagangkan di pasaran kripto.

Dalam SDX, token yang disandarkan kepada fiat boleh digunakan untuk membantu menjalankan tugas seperti atomic swap sekuriti yang ditokenisasi dan aset lain di atas blockchain.

Dari perspektif infrastruktur pasaran kewangan, SIX jelas muncul sebagai pemangkin dalam ruangan kripto.

Pada bulan Julai tahun lalu, SIX berkata SDX akan berjalan pada penghujung tahun 2019, bermula  dengan tokenisasi saham dan bon dan seterusnya meneroka versi digital aset fizikal lain seperti hasil seni. SDX juga fokus kepada STO dengan pengerusi bursa pertukaran kripto itu mencadangkan SIX mungkin boleh mengumpul dana  melalui STO.

Inovasi kripto yang dijalankan oleh SIX dan SDX nampaknya menarik platform aset digital lain.

Yang menarik, syarikat induk Bursa Saham Frankfurt, Deutsche Börse, berkerjasama dengan Swisscom yang disokong kerajaan Switzerland untuk menguji tokenisasi Switzerland.

Yang terbaru, National Settlement Depository (NSD) Rusia mengumumkann ia akan melancarkan lejar blockchain dan kripto di Switzerland.

Sumber:

https://www.coindesk.com/switzerlands-six-stock-exchange-is-working-on-a-swiss-franc-stablecoin

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads