Default – Above Header Ads

Bursa Saham Thai Membina Platform Aset Digital untuk 2020

 

Bursa Saham Thai (SET) telah mengesahkan ia sedang membina platform aset digital yang ia jangka akan dilancarkan tahun hadapan.

Mengatakan ianya “sudah bersedia untuk transformasi digital,” SET mengumumkan pada 13 Mac bahawa ia akan bekerja “rapat dan secara kolektif” dengan semua stakeholder dalam pasaran kapital negara itu untuk membina ekosistem baru yang boleh menyokong aset digital.

Pakorn Peetathawatchai, presiden SET, berkata bahawa perancangan strategik tiga-tahun bursa itu untuk 2019-2021 akan fokus kepada pembangunan platform infrastruktur digital dan pasaran kapital digital.

Institusi itu menambah bahawa langkah itu bertujuan untuk menjadikan pengalaman pelabur lebih cepat dan mudah, dan juga “membuka peluang pelaburan baru.”

Dalam suku ketiga tahun 2019, pasaran kapital Thailand akan Melihat “transformasi sebenar” dalam dua sektor, menurut SET. Yang pertama, pendigitalan infrastruktur sepenuhnya, termasuk proses pembukaan akaun tanpa kertas, pembayaran elektronik untuk duti setem dan proses pendaftaran debit.

Kedua, untuk akses lebih banyak peluang pelaburan, platform mutual fund bursa saham itu, FundConnext – yang kini berhubung dengan 19 firma pengurusan aset di Thailand – akan dihubungkan dengan Vestima, platform pemproses dana global yang dioperasian oleh Clearstream.

Juga dalam Q3, bursa itu berkata ia akan menambah baik proses pembayaran interbank untuk menjadikan ianya “lebih efektif” dari segi operasi dan kewangan untuk firma sekuriti.

SET pertama kali mendedahkan perancangannya untuk menawarkan platform aset digital pada bulan Januari, mengatakan ia merancang untuk memohon lesen dari Kementerian Kewangan Thailand untuk menjalankan platform itu.

Sumber:

https://www.coindesk.com/thai-stock-exchange-building-digital-assets-platform-for-2020-launch

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.