Default – Above Header Ads

Bursa Saham Thailand Memohon Lesen untuk Perdagangan Kripto

 

Thailand semakin laju dalam menjadi salah satu negara paling mesra kripto di Asia Tenggara meskipun masih di bawah penguasaan tentera diktator. Bursa saham Thailand (SET) mempunyai perancangan untuk memohon lesen digital yang akan membolehkannya menjalankan bursa pertukaran kripto.

SET bersemangat untuk menyertai trend perdagangan aset digital yang semakin popular di benua itu. Menurut Pattera Dilokrungthirapop, pengerusi Association of Securities Companies dan naib pengerusi lembaga gabenor SET, perancangan mereka adalah untuk memohon menjadi broker dan dealer aset digital.

Jika permohonan itu berjaya, bursa saham Thailand akan menjadi salah satu bursa saham yang terawal di dunia untuk menyediakan bursa pertukaran kripto menurut Bangkok Post. Ia sudahpun menjadi satu langkah di hadapan bursa pertukaran lain di negara itu memandangkan ia mempunyai kapital yang besar dan kepercayaan dalam kalangan pelabur.

Kementerian Kewangan adalah penguatkuasa untuk perlesenan digital dalam negara itu, sementara SEC adalah pengawal selia utama. SET bukan satu-satunya firma yang mempunyai minat untuk mendirikan operasi aset digital.

“Firma sekuriti kini sedang menunggu SET memohon lesen. Untuk kami, aset digital dijangka akan berkembang di masa hadapan semakin pelabur menambah kefahaman mereka tentang kelas aset ini,”tambah Pattera.

Bitkub Group, salah satu bursa pertukaran kripto pertama yang diluluskan di Thailand, telah menunjuk minat untuk bekerjasama dengan bursa saham itu dalam bursa pertukaran kriptonya yang akan datang. SEC baru-baru ini meluluskan lesen empat bursa pertukaran kripto sementara dua lagi masih dalam proses penilaian dan satu permohonan telah ditolak.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/01/17/thailand-stock-exchange-applies-for-digital-license-for-crypto-trading/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads