Cabang Pelaburan Algorand Rugi Sehingga $ 2 Juta Setelah Kes Penggodaman Dompet Digital
Algo Capital, sebuah cabang pelaburan Algorand, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, telah kehilangan kira-kira $ 1-2 juta dalam token Tether (USDT) dan Algorand (ALGO) selepas telefon bimbit CTO Algo Capital, Pablo Yabo telah digodam. Penggodaman itu membolehkan penggodam untuk mendapatkan akses kepada dompet Algo yang dikendalikan Yabo. Jumlah kerugian tersebut dilaporkan dalam e-mel oleh CEO syarikat David Garcia. Beliau mengesahkan penggodaman tersebut dan mendakwa bahawa firma itu menyampaikan butiran kejadian itu kepada rakan kongsinya yang lain.
Laporan tersebut mengatakan bahawa Algorand menyedari kes penggodaman yang dialami oleh Algo Capital setakat ini. Syarikat itu akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk kerugian dan merancang untuk membayar balik keseluruhan jumlah kerugian tersebut dalam masa 20 bulan, Garcia dilaporkan menulis, sambil menambah: “Kami bekerjasama dengan organisasi utama dan perkhidmatan keselamatan tertentu untuk bekerjasama dan menangani masalah ini yang telah menjadi masalah umum industri” Walaupun rangkaian Algorand tidak terjejas kerana sebahagian besar dananya disimpan dalam dompet yang tidak digodam, Yabo dilaporkan telah meletak jawatan dari kedudukannya, mengikut e-mel yang dihantar kepada rakan kongsi.
Pada bulan Ogos 2019, Algo Capital memperolehi $ 200 juta untuk dilaburkan dalam perniagaan yang membantu membina infrastruktur untuk blockchain Algorand. Blockchain Algorand adalah merupakan sistem pembayaran lejar awam sumber terbuka dan sistem pembayaran mata wang kripto.
Rujukan:
https://www.coindesk.com/algo-capital-loses-crypto-funds-after-ctos-phone-is-hacked
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!