Cadangan Bil Texas Memerlukan Identifikasi Pembeli Yang Membayar Dalam Matawang Digital
Bil yang memerlukan pengguna mengemukakan identiti mereka apabila menggunakan matawang digital telah difailkan pada 8 Mac, menurut portal rasmi perundangan Texas.
Kenyataan bil itu mengandungi definisi matawang digital, wallet digital, lejar teragih (distributed ledgers) dan identiti matawang digital yang disahkan (VIDC). VIDC didefinisikan sebagai “matawang digital yang membenarkan identiti sebenar penghantar dan penerima diketahui sebelum individu itu mendapat akses wallet digital orang lain.”
Menurut bil yang dicadangkan itu, sebelum menerima bayaran dalam matawang kripto, seseorang perlu mengesahkan identiti individu yang menghantar bayaran itu melainkan jika VIDC digunakan. Tambahan lagi, bil itu mencadangkan:
“Negeri ini tidak boleh menggunakan matawang digital yang bukan VIDC.”
Bil itu juga mengisytiharkan Texas Department of Banking, Credit Union Commission, Texas Department of Public Safety dan State Securities Board akan bekerjasama untuk melancarkan aplikasi VIDC.
Kerjasama itu termasuk membekalkan peralatan untuk membezakan VIDC dengan matawang digital lain, mendidik penguatkuasa undang-undang dan mempromosi penggunaan VIDC. Bil itu juga menyatakan bagaimana garis panduan itu perlu diimplementasi, dan organisasi yang telah disebut perlu mempunyai peraturan untuk menjalankan arahan dalam bil itu.
Baru-baru ini, jawatan kuasa pasaran kewangan Duma di Rusia juga telah mengumumkan pertimbangan untuk implementasi proses identifikasi pengguna aset digital.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!