Cadangan BIP Schnorr Signature Boleh Datang Dalam Beberapa Minggu
Pembangun, pakar kriptografi, dan ketua penyelidik Blockstream Andrew Poelstra telah mencadangkan bahawa cadangan rasmi untuk naik taraf Bitcoin dengan tandatangan Schnorr boleh datang “dalam beberapa minggu lagi,” dan dikemukakan ke senarai emel pembangun Bitcoin. Poelstra menambah kemungkinan untuk implementasi Schnorr Signature ke dalam Bitcoin semasa 2020.
Kenyataan ini datang beberapa hari yang lalu sewaktu podcast What Bitcoin Did, yang dihoskan oleh Peter McCormack. Andrew Poelstra berkata:
“Saya berharap dalam beberapa minggu lagi, kami akan menulis cadangan dan kemukakan ia ke dalam mailing list Bitcoin. Kami sudah ke sana ke mari tentang perkara ini, yang dipanggil ‘sigcash no input,’ yang sedihnya diketepikan daripada semua perkara lain.”
Tandatangan Schnorr adalah sesuatu yang besar, yang boleh menambah baik privasi dan juga tahap efisyen rangkaian Bitcoin, tanpa perlu hard fork. Bitcoin kini menggunakan versi lain Schnorr signatures untuk keperluan signature-signing, yang dipanggil Elliptic Curve DIgital Signature Algorithm (EDCSA).
EDCSA dibangunkan sebagai alternatif terbuka kepada Schnorr Signatures. Ianya perlu kerana pencipta tandantangan Schnorr, Claus Schnorr, telah mempatenkan inovasinya tahun 80-an. Paten atas tandatangan Schnorr tamat tempoh pada tahun 2008, semasa Bitcoin melalui pembangunan awal oleh Satoshi. Walaupun ia boleh digunakan, ia tidak disokong sepenuhnya kerana ia baru sahaja keluar ke pasaran. Atas sebab ini, EDCSA ditetapkan sebagai penyelesaian tandatangan standard Bitcoin oleh Satoshi.
Tandatangan Schnorr boleh “agregat” apa sahaja jumlah transaksi dan/atau pemegang private key ke dalam satu tandatangan. Ini boleh mengurangkan keperluan nod dan pelombong untuk mengesahkan setiap satu tandatangan individu dalam blok. Tambahan lagi, ia membolehkan transaksi multi-signed yang telah diagregat untuk nampak seperti transaksi lain – bermakna semua transaksi single, multi-signatured dan Lightning Network akan nampak sama.
Poelstra – salah satu pembangun utama coin privasi Grin – berkata Blockstream “sudah menulis kod [Schnorr] untuk Bitcoin Core.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!