Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Cadangan Hard Fork Ethereum, ‘Muir Glacier’ Akan Selesaikan Masalah Kelembapan Operasi Mainnet

Pemaju Ethereum telah mencadangkan hard fork, yang dinamakan Muir Glacier, yang seharusnya menangani masalah yang akan menyebabkan kelembapan yang signifikan pada Ethereum mainnet. Dalam cadangan peningkatan keupayaan Ethereum pada akhir bulan November, pemaju Ethereum James Hancock menulis bahawa hard fork Ethereum Muir Glacier yang dicadangkan akan memperbaiki mekanisme yang dikenali sebagai Ice Age.

Ice Age Ethereum, juga dikenali sebagai Difficulty Bomb, merujuk kepada peningkatan kesukaran yang ada dalam algoritma perlombongan yang digunakan untuk memberi ganjaran kepada pelombong dengan Ether (ETH). Pengekodan ini memperlahankan pengeluaran blok pada blockchain Ethereum dan oleh itu berfungsi sebagai penghalang kepada pelombong yang mungkin memilih untuk meneruskan dengan Proof-of-Work (PoW) walaupun selepas Ethereum telah beralih ke Proof-of-Stake (PoS). Walau bagaimanapun, menurut Hancock, pelaksanaan Ice Age sekarang sangat kompleks dan mengelirukan. Beliau menambah bahawa apa-apa kemaskini kepada reka bentuk harus dapat memodelkan kesan pada rangkaian dengan cara mudah yang mudah diramalkan ketika ia terjadi.

Hancock menegaskan lagi bahawa hard fork Ethereum yang akan datang akan menunda mekanisma ini “kepada waktu yang munasabah,” untuk memberi pemaju masa untuk memutuskan sama ada untuk mengemaskini Ice Age supaya tingkah lakunya dapat diramalkan atau unteuk menghapuskan sepenuhnya. Beliau menambah: “Hard fork ini memberi kami masa untuk berkomunikasi dengan komuniti untuk memahami keutamaan mereka, dan memberi masa untuk cadangan mekanisme yang lebih baik untuk mencapai matlamat tersebut.”

Rujukan:

https://eips.ethereum.org/EIPS/eip-2387

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads