Default – Above Header Ads

Cadangan Larangan Melombong China Baik untuk Harga Bitcoin

 

National Development and Reform Commission (NRDC) di China telah mengeluarkan arahan larangan ke atas perlombongan matawang kripto. Setakat ini adalah penyenaraian draf, yang berada di bawah rundingan awam sehingga 7 Mei. Walaupun bagaimana rundingan awam akan menjejaskan apa-apa di China masih belum diketahui.

Ini juga adalah senarai beribu-ribu industri, dengan cadangan untuk setiap satu. 450+ industri yang dimasukkan untuk pembuangan kerana beberapa kriteria termasuk pencemaran dan pembaziran sumber. 

Tambahan lagi, senarai itu pertama kali diterbitkan pada tahun 2011, namun begitu kebanyakan industri yang ditanda untuk pembuangan masih lagi kekal. Malah, hampir semua muncul dalam senarai ‘buang’ ini dalam draf yang telah dikemas kini.

Walaupun jika langkah ini secara spesifik mensasarkan Bitcoin, kita boleh menyimpulkan bahawa tindakan China ini adalah tanda bullish.

Menurut penyokong Bitcoin Dovey Wan, cadangan ini jarang diimplementasi oleh kerajaan tempatan. Dan jika kerajaan China menguatkuasakan cadangan ini, pelombong tempatan perlu memindahkan operasi ke negara lain. Menurut penganalisa kripto Michael Zhong yang beroperasi di Beijing:

“Perlombongan Bitcoin tidak akan lagi di dominasi China tetapi menjadi lebih desentralisasi.”

Tambahan lagi, pengurangan pelombong China yang eksploitasi harga elektrik yang murah akan menolak kos perlombongan ke atas. Dan apabila kos perlombongan meningkat, ia akan mempunyai kesan net positive ke atas harga Bitcoin.

“Kehilangan elektrik murah China akan meningkatkan kos perlombongan, dan membawa net positive kepada harga,” terang penganalisa pasaran eToro, Mati Greenspan. “Ia juga akan membunuh FUD bahawa perlombongan Bitcoin adalah berpusat.”

Sumber:

https://bitcoinist.com/bitcoin-mining-ban-china-good-btc-price/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads