Default – Above Header Ads

California Menghukum Pedagang Bitcoin 2 Tahun Penjara Kerana Kegagalan Pematuhan AML

Pedagang LocalBitcoins yang menjual Bitcoin (BTC) kepada lebih 1,000 orang di Amerika Syarikat akan menjalani hukuman dua tahun penjara di penjara persekutuan, menurut sidang media dari US Attorney Office of the Southern District of California yang disahkan pada 8 April.

Jacob Burell Campos, seorang rakyat Mexico, memperoleh lebih $820,000 daripada penjualan Bitcoin di platform P2P antara 2015 hingga 2018.

Melalui kombinasi meetup tunai, pemindahan ATM dan MoneyGram, Burrell berurusan dengan pedagang di laman web itu tanpa menjalankan pemeriksaan anti-money laundering (AML) dan ketekunan wajar (due diligence) ke atas sumber dana USD, menurut pendakwa raya.

Ditahan sejak Ogos tahun lalu, Burrell mengaku bersalah kepada dakwaan itu di Oktober, mengakui bahawa dia dan yang lain-lain yang tidak dinamakan memindahkan beribu US dollar merentasi sempadan AS-Mexico setiap hari dan menjalankan pertukaran transaksi dengan Joseph Castillo, peniaga logam berharga yang beroperasi di San Diego.

Tambahan kepada hukuman itu, Burrell juga akan melepaskan keseluruhan jumlah $823,357 yang diperoleh daripada perniagaan itu.

Kes itu membentuk berita sama yang semakin meningkat melibatkan pedagang tidak rasmi Amerika Syarikat, yang diburu penguatkuasa kerana kebimbagan ia akan menjadikan ekonomi tidak stabil. 

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph, Burrell pada asalnya berdepan dengan lima tahun penjara.

“Hukuman Burrell pada hari ini adalah peringatan kepada pemindah wang yang tidak berlesen dan haram bahawa undang-undang dan peraturan dikenakan ke atas urusan matawang kripto sepertimana transaksi kewangan yang lain,”menurut David Shaw, Special Agent in Charge for Homeland Security Investigations di San Diego Dalam sidang media.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/california-sentences-bitcoin-trader-to-2-years-in-prison-over-aml-compliance-failures

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.