Cargill Melabur dalam Kejuruteraan Digital untuk Membangunkan Grid Hyperledger
Cargill, konglomerat agrikultur yang beroperasi di Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa ia akan melabur dalam sumber kejuruteraan digital untuk membangunkan Grid Hyperledger, menurut pengumuman pada 25 Januari.
Grid Hyperledger adalah projek baru yang diumumkan oleh Hyperledger yang mempunyai matlamat untuk menyelaraskan rantaian bekalan menggunakan teknologi blockchain. Cargill – syarikat sendirian berhad terbesar di Amerika Syarikat dengan pendapatan lebih $114.7 bilion – mengatakan bahawa Grid Hyperledger boleh “mempercepatkan pembangunan blockchain dan penyelesaian digital lain untuk rantaian bekalan makanan dan agrikultur global.”
Cargill mengatakan bahawa Grid Hyperledger telah menyediakan kemudahan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan isu rantaian bekalan agrikultur Seperti penjejakan, keselamatan makanan dan penyelesaian perdagangan. Pengumuman itu tidak menyentuh tentang maklumat terperinci mengenai pelaburan Cargill.
Syarikat agrikultur itu sebelum ini meneroka aplikasi teknologi blockchain dalam bisnesnya. Pada Oktober 2018, Cargill bekerjasama dengan Archer Daniels Midland Co., Bunge Ltd. dan Louis Dreyfus Co. untuk mendigitalisasikan perdagangan bijirin antarabangsa menggunakna blockchain dan AI. Keempat-empat firma itu, dikenali sebagai ABCD, merancang untuk integrasi teknologi blockchain pada beberapa tahap rantaian bekalan, termasuk perkapalan, penyimpanan dan pengalaman pengguna.
Louis Dreyfus Co. menyempurnakan penghantaran berdasarkan blockchain Pertama mereka pada Januari 2018, menghantar kacang soya dari Amerika ke China menggunakan platform blockchain Easy Trading Connect.
Hyperlegder adalah kolaborasi Besar yang dianjurkan oleh Linux Foundation yang termasuk syarikat gergasi IT Seperti IBM, SUP, Intel dan institusi kewangan JP Morgan dan Deustche Börse. Pada 11 Disember, Hyperledger mengumumkan ia telah menambah 12 lagi ahli baru termasuk, Alibaba Cloud, subsdiari Alibaba, Citigroup, Deustche Telekom, we.trade dan banyak lagi.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/cargill-invests-digital-engineering-to-develop-hyperledger-grid
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!