Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Carian Google Di Seluruh Dunia Untuk ‘Bitcoin’ Cecah Rekod Tertinggi Dalam 3 Bulan

Carian Google di seluruh dunia untuk perkataan “Bitcoin” (BTC) – yang kini bernilai $ 9,400 – kini  mencecah rekod tertinggi dalam 3 bulan, menurut Google Trends. Minat sekarang terhadap Bitcoin berada pada paras tertinggi sejak awal bulan Ogos, ketika harga BTC berada sekitar $ 11,700.

Jelasnya, tiga daripada lima wilayah teratas melaporkan carian yang paling banyak untuk kata kunci yang berkaitan terletak di Afrika. Lima kawasan teratas adalah Nigeria, Afrika Selatan, Austria, Ghana dan Brazil.

Carian Google untuk perkataan “blockchain,” sebaliknya, tidak berlaku sebarang lonjakan besar walaupun mendapat pujian daripada presiden China yang menggesa negara untuk mempercepat pembangunan blockchain. Secara keseluruhannya, carta menunjukkan bahawa bilangan carian untuk blockchain telah lebih stabil daripada berbanding Bitcoin, tanpa peningkatan atau penurunan tajam, tidak seperti pada trend WeChat, di mana carian untuk “blockchain” dan “bitcoin” melambung naik baru-baru ini.

Rujukan:

https://trends.google.com/trends/explore?date=today%203-m&q=bitcoin

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads