Default – Above Header Ads

Catalonia Mengumumkan Sistem ID Desentralisasi yang Tidak Dikawal Kerajaan

Kerajaan Catalonia telah mengumumkan IdentiCAT, sebuah sistem identiti desentralisasi.

Presiden Quim Torra dan Menteri Pentadbiran dan Polisi Digital Jordi Puigneró mengumumkan projek itu pada 7 September, menurut laporan media tempatan VilaWeb. Kerajaan itu juga menyatakan bahawa ia tidak akan mempunyai akses kepada data rakyatnya.

Bidaan untuk pembangunan sistem itu – yang dijangka akan diselesaikan menjelang 2020 – akan bermula dengan harga €550,000 ($607,000).

Rakyat yang menggunakan IdentiCAT dilaporkan akan boleh menggunakan data mana yang mereka ingin kongsi bersama kerajaan, dan memintanya untuk menyimpan sebahagian daripadanya untuk dikongsi bersama pihak ketiga.

Sistem itu akan boleh diakses oleh rakyat tempatan dan juga rakyat Catalonia yang menetap di luar negara. Torra berkata:

“Sekarang Ialah masa untuk mengetuai revolusi digital. Kami bercakap tentang masyarakat usahawan yang memberi perhatian kepada inovasi baru. Matlamat kerajaan ini adalah untuk meletakkan orang awam di tengah-tengah polisi mereka, dan juga untuk digital.”

Torra juga menekankan bahawa Catalonia mengambil berat tentang konsep kerakyatan digital dan teknologi blockchain – dan mendakwa ia ingin menjadi negara pertama yang implementasi identiti digital desentralisasi. Sierra Leone merancang untuk menggunakan sistem identiti nasional berdasarkan blockchain sepenuhnya menjelang penghujung 2019.

Puigneró berkata:

“Sesetengah orang akan mempersoalkan projek ini kerana mereka takut untuk memberi kuasa kepada penduduk awam, marilah kita jadi negara yang melangkah ke hadapan. Ini adalah kerana mereka bahawa apabila kita memberi kuasa kepada orang awam, kita akan menjadi negara yang tidak boleh dihentikan. […] Republik yang kita inginkan adalah satu yang memberi kuasa kepada rakyat, bukannya mengawal mereka, menindas mahupun menganggap mereka hanya barangan digital.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/catalonia-announces-a-decentralized-id-system-the-govt-wont-control

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!