Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Celsius Network Akan Uruskan Dana Untuk Inisiatif PBB

Platform peminjaman terdesentralisasi Celsius Network akan menguruskan Dana Sustainable Development Goals Impact(SDG Impact Fund) dalam inisiatif Sustainable Development Goals Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sustainable Development Goals adalah program antarabangsa yang memberi tumpuan kepada “masa depan yang lebih baik danlebih mampan bagi semua.” Ia menangani cabaran global seperti kemiskinan, ketidaksamaan, perubahan iklim, kemusnahan alam sekitar, kemakmuran, keamanan dankeadilan.

Dana SDG Impact akan dilancarkan oleh firma perkhidmatankewangan Fifth Element dengan matlamat untuk mengumpul dana sebanyak beberapa ratus juta dolar dalam bentuk fiat dan mata wang kripto. Dana itu akan menjadi yang pertama menerima dan mengendalikan semua bentuk aset kripto dan digital dengan mematuhi Sustainable Development Goals PBB.

Celsius Network dilaporkan sedang berusaha untuk “memberi kembali kuasa kepada rakyat” dengan menyediakan perkhidmatan perbankan yang biasanya dikhaskan untukpemilik aset peringkat teratas. Ketua Pegawai Eksekutif Celsius, Alex Mashinsky berkata “dengan menawarkan kadar faedah yang diperolehi sehingga 7.1 peratus, kami membenarkan individu untuk membuat pendapatan pasif samaseperti yang dibuat oleh Wall Street selama bertahun-tahun.”

Sumber:

https://www.prnewswire.com/news-releases/celsius-network-selected-by-fifth-element-fund-to-manage-crypto-assets-300717110.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads