Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

CEO Abra: Private, Enterprise Blockchain ‘Tidak Masuk Akal’ dan Akan Gagal

 

Idea blockchain private, seperti platform enterprise blockchain, akan gagal akhirnya, CEO Abra berkata sewaktu penyampaian “Balance The Ledger” Fortune pada 25 Februari.

Bill Barhydt, CEO wallet matawang kripto dan aplikasi pelaburan Abra, memberi hujah bahawa idea matawang kripto yang betul-betul desentralisasi bertentangan dengan asas blockchain private.

Tidak seperti blockchain awam, seperti Bitcoin dan Ethereum, yang boleh di akses dan disertai oleh sesiapa sahaja, blockchain private melambangkan rangkaian yang menguasai akses dan menyekat siapa yang boleh menyertainya, bermakna mereka beroperasi seperti sistem pengkalan data berpusat.

Bercakap dalam penyampaian itu, Barhydt membandingkan enterprise blockchain dengan konsep extranet, satu istilah untuk protokol rangkaian lokal yang popular semasa tahun 1990an. Extranet melambangkan rangkaian private yang dikawal dan Hanya membenarkan akses kepada pelanggan yang telah ditetapkan.

CEO Abra berkata fenomena extranet adalah apa yang berlaku dengan semua enterprise blockchain yang tidak masuk akal ini:

“Orang ramai mempunyai idea tidak masuk akal di mana mereka boleh mengoperasikan blockchain dalam firewall […] Ia semua akan gagal akhirnya […] Ia semua tentang matawang kripto desentralisasi dan blockchain private…ia tidak masuk akal.”

Pandangan Barhydt menyamai kenyataan sebelumnya oleh pembangun Bitcoin dan rankan kongsi venture Blockchain Capital, Jimmy Song. Pada bulan Jun 2018, Song berkata menggunakan teknologi blockchain untuk sistem private dan berpusat, seperti enterprise, tidak masuk akal.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/private-enterprise-blockchains-make-no-sense-and-are-set-to-fail-abra-ceo

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.