Default – Above Header Ads

CEO Bitmain: Bitcoin “Halving” Mungkin Tidak Akan Mendorong Kepada Kenaikan Harga Bitcoin

Jihan Wu, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif gergasi perlombongan kripto China, Bitmain, percaya Bitcoin (BTC) “halving” yang akan datang tidak akan meningkatkan harganya di pasaran, tetapi harga Bitcoin akan terus berkembang untuk jangka panjang. Wu membuat kenyataannya semasa Sidang Kemuncak Perlombongan Digital Dunia yang diadakan di Frankfurt.

Wu menjelaskan bahawa pasaran kripto bergerak dalam kitaran dan kali ini fasa kenaikan harga seterusnya mungkin tidak bermula selepas “halving”. Beliau juga yakin bahawa dalam perspektif jangka panjang, para pelabur perlu melabur dalam perkakasan perlombongan kripto, sambil menambah: “Terdapat banyak ketidakpastian, tetapi kini adalah masa yang baik untuk melabur dalam perlombongan kripto. Jika saya seorang pelombong, saya tidak akan berhenti perlombongan tetapi terus melabur dalam peralatan perlombongan. Kami sedang dalam pembetulan harga jangka pendek. Mempunyai perspektif jangka panjang adalah penting. Sekiranya harga Bitcoin kekal tidak berubah selepas “halving”, kecekapan peralatan sedia ada perlu diperbaiki untuk mengimbangi kecekapan dan kuasa pengkomputeran.”

Wu juga mengesahkan bahawa Bitmain akan melancarkan World Digital Mining Map, sebuah perkhidmatan yang akan menghubungkan pemilik perkakasan perlombongan kripto dengan pemilik ladang perlombongan kripto, dan Ant Training Academy – perkhidmatan latihan perlombongannya.

Rujukan:

https://news.8btc.com/bitmain-jihan-wu-bull-market-may-not-come-after-bitcoin-halving-but-bitcoin-price-will-keep-going-up

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!