Default – Above Header Ads

CEO BitMEX: Bitcoin adalah Harapan Terbaik Masyarakat untuk Duit Elektronik Privasi

 

CEO BitMEX Arthur Hayes bersuara menyokong Bitcoin, mengatakan bahawa matawang kripto itu adalah “harapan terbaik masyarakat untuk duit elektronik privasi.”

Syarikat itu adalah bursa pertukaran kripto dan juga platform perdagangan derivatif. Ia dimiliki dan dioperasi oleh HDR Global Trading Limited, yang didaftarkan di Seychelles dan mempunyai pejabat di seluruh dunia.

Dalam blog yang diterbitkan pada minggu lepas, pendapat Hayes tentang industri itu, yang bertajuk ‘Two sides of the coin: the bifurcarted near-future of money’ mencadangkan bahawa masa depan Bitcoin sangat pasti, dia berkata,

“Walaupun di ambang pelbagai kuasa pusat yang kini dikumpul: masa depan kewangan masyarakat yang terbahagi dua akan menjadi lebih baik dengan monopoli dalam sejarah kewangan, dan apabila sesetengah duit menjadi semakin mudah dan selebihnya menjadi lebih peribadi.”

Hayes mencadangkan lagi bahawa sampai kini, sistem kewangan dikuasai monopoli dan sistem yang berpecah kepada dua, di mana Bitcoin mewakili industri matawang kripto yang akan menjadi harapan terbaik di masa hadapan, walaupun dengan penambahan alternatif seperti Ether, Ripple dan lain-lain.

Menurut bos BitMEX, satu lagi kelebihan yang dimiliki oleh Bitcoin adalah apabila ia dibandingkan dengan yang lain sebagai sekuriti, kerana ia tidak pernah berjaya digodam dalam sepuluh tahun ia digunakan. Melakar gambaran yang agak utopia sebagai latar belakang di mana matawang kripto boleh berkembang pesat, Hayes menyambung dengan berkata dia merasa Bitcoin akan mencipta keadaan di mana individu boleh berkerjasama ke arah matlamat yang sama.

Komen positif Hayes dibuat hanya selepas beberapa minggu dia mengeluarkan pandangannya tentang Bitcoin di penghujung tahun 2018, mencadangkan bahawa ia akan menyambung trend bearish yang tidak stabil di tahun 2019.

Sumber:

https://bitcoinnews.com/bitmex-ceo-bitcoin-is-societys-best-hope-for-a-private-form-of-electronic-money/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads