Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

CEO BitPay: Bitcoin Digunakan untuk Menyelesaikan Masalah di Seluruh Dunia

 

Pada 16 Januari, pemproses pembayaran kripto, BitPay mengumumkan bahawa dalam tahun 2018 ia telah memproses lebih $1 bilion transaksi.

BitPay, yang beroperasi di Atlanta, Georgia, ditubuhkan pada May 2011 oleh Tony Gallipi dan Stephen Pair. Objektifnya adalah untuk “menjadikan ia lebih mudah untuk perniagaan untuk menerima pembayaran bitcoin”. Menjelang September 2013, lebih 10,000 peniaga menerima Bitcoin dengan bantuan BitPay. Kini syarikat itu mendakwa Ianya adalah “pemproses pembayaran Bitcoin terbesar di dunia, menawarkan perkhidmatan kepada peniaga di enam benua.” Antara penyokongnya adalah Index Ventures, Founders Funds dan Felicis Ventures.

BitPay membolehkan peniaga menerima dua matawang kripto: Bitcoin dan Bitcoin Cash. Selepas mengambil 1% yuran pemprosesan, BitPay boleh membayar peniaga dalam lapan matawang fiat (dengan “deposit bank secara langsung di 38 negara”) dan lima matawang kripto (Bitcoin, Bitcoin Cash, Gemini Dollar, USD Coin dan Paxos Standard). 

Tahun yang lalu, BitPay mencapai rekod untuk pengurangan kadar kesalahan pembayaran dengan jumlah nilai dollar yang hilang kerana kesalahan pembayaran kripto jatuh dari 8% ke bawah 1% Melalui BitPay.

Pengasas bersama, Presiden dan CEO BitPay, Stephen Pair berkata:

“Bisnes B2B BitPay berterusan berkembang dengan pesat memandangkan penyelesaian kami lebih murah dan cepat daripada pemindahan bank dari kebanyakan negara di dunia. Untuk proses lebih $1 bilion untuk tahun kedua secara berturut-turut walaupun harga Bitcoin jatuh, ia menunjukkan Bitcoin memang digunakan untuk menyelesaikan masalah sebenar di dunia.”

Ketua Produk BitPay, Sean Rolland berkata:

“Penggunaan Payment Protocol wallet telah membawa perubahan yang besar kepada peniaga kami. Peniaga kini boleh menerima Bitcoin dengan mudah dan senang tanpa sebarang isu. Ini adalah permintaan paling besar dari peniaga kami…Bitcoin mempunyai impak rangkaian di seluruh dunia dan kami masih yakin dengan Bitocin dan ekosistemnya.”

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/01/bitpay-ceo-bitcoin-is-being-used-to-solve-real-pain-points-around-the-world/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads