CEO Block.one Brendan Blumer Mengkritik Bitcoin kerana “Had Penskalaan yang Besar”
Brendan Blumer yang berumur 32 tahun, CEO Block.one – firma yang berdaftar di Cayman Island yang membangunkan EOS, salah satu platform terbesar untuk membina dan melancar aplikasi desentralisasi (dApps) – memanggil Bitcoin “transformatif secara asasnya” dari segi bagaimana transaksi kewangan antara dua pihak boleh diproses dalam ekonomi masa depan dunia, tetapi pada masa yang sama mengkritiknya kerana had Bitcoin.
Menurut Blumer, membuat transaksi menggunakan Bitcoin adalah mahal jika inflasi tahunan dari ganjaran blok dipertimbangkan. Dari segi purata, usahawan kripto itu menganggarkan pengguna akan membayar ekstra $50-$100 Setiap transaksi. Tambahan lagi, dia menekankan bahawa rangkaian Bitcoin terhad kerana ia hanya boleh proses 3 transaksi setiap saat (TPS). Faktor-faktor ini melambangkan “had penskalaan yang besar”, menurut Blumer.
Sebagai balas komen Blumer, yang datang bulan yang lalu ketika 4th Annual DC Blockchain Summit (diadakan pada 6-7 March 2019), pengguna Twitter vake (@vakeraj) menekankan kepentingan mempunyai “penemubual berpengetahuan teknikal”. Pengguna itu menuduh Blumer mengeluarkan “penipuan selepas penipuan” untuk secara tidak langsung mempromosi EOS, yang vake anggap satu penipuan (scam).
Let me say that this is why it's important to have technically knowledgeable interviewers. This moderator provided no pushback as Brendan spewed lie after lie in service of his scam, EOS.
The Chamber of Digital Commerce is a joke of an organization.
— vake (@vakeraj) April 6, 2019
Membalas kenyataan yang dibuat vake, Blumer menjelaskan bahawa dia suka Bitcoin, tetapi itu tidak akan membantu ia menjadi “cepat atau murah”. Blumer juga percaya bahawa di jangka masa panjang, Bitcoin mempunyai keupayaan untuk berjaya dari segi penggunaan meluas:
I love #Bitcoin too, but that won’t make it fast or cheap
Bitcoin has everything it needs to succeed, and I think in time it will become the largest store of value in the world#EOS isn’t designed to compete with Bitcoin, it’s optimized for different use cases
— Brendan Blumer (@BrendanBlumer) April 7, 2019
Dia menambah bahawa EOS tidak direka bentuk untuk bersaing dengan Bitcoin secara langsung kerana kedua-dua rangkaian matawang kripto telah “dioptimumkan untuk use case yang berbeza”.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!