Default – Above Header Ads

CEO Block.one Jangka Pendapatan $50-100 juta untuk Influencer Teratas di EOS Voice

Satu paparan skrin menunjukkan mesej dari CEO Block.one Brendan Blumer bahawa dia menjangka influencer media sosial teratas akan boleh menjana pendapatan sebanyak $50-$100 juta dari Voice, platform media sosial EOS.

Dalam mesej, Blumer menyatakan bahawa influencer teratas berkebolehan untuk membawa masuk 50 juta pengikut ke dalam perkhidmatan baru itu akan boleh menjana pendapatan sebanyak sepuluh juta, jika tidak ratusan juta dollar dan menilai semula diri mereka. Dia menambah bahawa menarik influencer seperti itu ke dalam platform akan menjadi fokus kepada usaha pemasaran projek tersebut.

Block.one menggambarkan visi mereka untuk platform itu dalam sidang media baru-baru ini:

“Voice adalah platform media sosial yang lebih telus untuk dunia, di mana nilai kandungan yang baik diedarkan kembali ke dalam mengekalkan komuniti, bukan bottom line korporat.”

Dibangunkan di EOS, semua kandungan yang diterbitkan di Voice akan direkod secara awam di atas blockchain itu. Platform itu akan menggunakan token VOICE untuk memberi ganjaran kepada pencipta kandungan dan membolehkan mereka mempromosi kandungan mereka. Untuk mengurangkan spam, semua pengguna perlu melalui pemeriksaan identiti dengan ID yang diberi kerajaan. Pengguna tidak boleh melombong atau membeli token itu secara langsung, tetapi akan menerima airdrop token VOICE setiap hari yang boleh digunakan untuk mempromosi kandungan mereka.

CTO Block.one Dan Larimer menerangkan:

EXMO affiliate program

“Kami percaya setiap orang mempunyai hak bersuara. Oleh sebab itu token VOICE mempunyai pengedaran paling adil di dunia.”

Sama ada airdrop harian token VOICE akan menghasilkan “pengedaran paling adil di dunia” atau tidak, apa yang jelas adalah kepimpinan Block.one ingin menarik pencipta kandungan yang percaya platform itu boleh memberi mereka sumber pendapatan yang signifikan.

Agak sukar untuk membayangkan siapa yang difikirkan oleh Blumer apabila merujuk kepada influencer dengan ratusan juta pengikut. Akaun Instragram influencer teratas pun seperti Miley Cyrus dan Katy Perry tidak mencecah 100 juta pengikut, walaupun mereka hampir dengan angka 90.7 dan 78.2 juta pengikut.

Jika disusun mengikut reputasi, akaun teratas di Steemit, platform media sosial Larimer sebelum ini, hanya mempunyai angka pengikut dalam puluhan ribu.

Adakah Voice akan berjaya di mana Steemit tidak? Dengan pelaburan sebanyak $150 juta dalam projek itu, Block.one membuat usaha yang serius terhadap matlamat itu.

Sumber:

https://cryptoslate.com/block-one-ceo-expects-50-100-million-payday-top-influencers-eos-voice/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.