Default – Above Header Ads

CEO Booking Holdings Melihat Potensi Kripto sebagai Masa Depan Pembayaran

Glenn Fogel, ketua eksekutif Booking Holdings, syarikat perkhidmatan penempatan pelancongan, percaya bahawa matawang kripto berdasarkan blockchain akan menjadi masa depan sistem pembayaran.

Fogel memberitahu jurnal industri pelancongan Skift bahawa maklumat keselamatan perlu diberi keutamaan untuk langkah ke hadapan dengan sistem pembayaran menggunakan matawang kripto. Dia berkata:

“Penyelesaian dan teknologi pembayaran paling canggih sekalipun boleh dibina, tetapi jika orang awam tidak yakin maklumat mereka selamat dan dilindungi, kita hanya mengayuh ke belakang.”

Booking Holdings, lebih dikenali dengan laman web booking.com, adalah salah satu daripada 28 ahli pengasas Libra Association, yang merancang untuk melancarkan aset kripto korporat tahun hadapan. Oleh sebab itu, Fogel sangat positif tentang masa depan matawang kripto dalam sistem pembayaran. Dia menambah:

Saya melihat potensi untuk bentuk matawang global yang baru yang dilindungi dan selamat. Apabila Bitcoin menjadi lebih dikenali, ramai yang mempersoalkan legitimasinya, dan walaupun ia masih dibahaskan tentang masa depan Bitcoin, saya percaya matawang dengan asas blockchain akan berterusan muncul dan mungkin menjadi lebih diterima di seluruh dunia.

Fogel menambah bahawa Booking Holdings melihat untuk membangun “Connected Trip” – platform untuk mereka yang mencari “pengalaman” dan bukan hanya perjalanan.

Sumber:

Bitcoin Exchange CEX.IO

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/08/booking-holdings-ceo-sees-crypto-as-the-future-of-payments/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads