Default – Above Header Ads

CEO Bursa Pertukaran Kripto Kanada, QuadrigaCX, Memfailkan Wasiat 12 Hari Sebelum Kematian

 

Gerald Cotten, CEO bursa pertukaran kripto Kanada QuadrigaCX yang baru sahaja mati, telah memfailkan wasiat 12 hari sebelum kematiannya, Menurut laporan Bloomberg pada hari Selasa. 5 Februari.

Menurut dokumen yang diperoleh Bloomberg, Cotten menandatangani wasiatnya yang terakhirpada 27 November 2018. Dia menyebut nama isterinya, Jennifer Robertson, sebagai satu-satunya penerima manfaat dan pelaksana hartanya.

Bloomberg telah menemui bahawa Robertson akan mewarisi beberapa hartanah di Nova Scotia, di mana pasangan untuk menetap, dan di Kelowna, British Columbia dan juga Lexus, satu kapal layar Jeanneau 51, sebuah kapal terbang dan dua ekor chihuahua.

Bursa pertukaran kripto Kanada QuadrigaCX telah mengalami kesusahan kewangan sejak CEO Gerald Cotten dilaporkan mati kerana komplikasi penyakit Crohn pada bulan Disember 2018.

Menurut affidavit bulan Januari yang difailkan oleh Robertson, Cotten satu-satunya orang yang mempunyai akses kepada wallet QuadrigaCX, dan CEO itu tidak meninggalkan apa-apa bukti kata kunci. Jumlah pengguna yang dilaporkan terjejas adalah lebih 100,000, dengan matawang kripto dan fiat bernilai lebih kurang $250 juta CAD ($190 juta USD) hilang.

Bloomberg melaporkan bahawa beberapa pengguna QuadrigaCX telah mendapatkan khidmat peguam untuk memulakan prosiding untuk menerima dana mereka, walaupun begitu mengambil nota bahawa Mahkamah telah menetapkan 30 hari untuk bursa itu mengelak dari disaman buat ketika ini. 

EXMO affiliate program

Kematian Cotten membawa kontroversi kepada komuniti kripto, dengan beberapa pelanggan mendakwa dia memalsukan kematiannya untuk mencuri aset mereka. Namun begitu, sijil kematiannya yang dikeluarkan oleh Government of Rajasthan’s Directorate of Economics and Statistics, didedahkan yang mengatakan bahawa Gerald Cotten mati Pada 9 Disember.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, peguam yang dilantik Mahkamah akan menerima komputer riba yang dienkripsi – yang didakwa mengandungi simpanan kripto – daripada wakil QuadrigaCX. Tambahan lagi, peguam bursa pertukaran kripto itu mempertimbangkan untuk menjual syarikat itu untuk membayar balik hutang, seperti yang didedahkan di perbicaraan yang dijalankan pada 5 Februari.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ceo-of-canadian-crypto-exchange-quadrigacx-filed-will-12-days-before-death

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.