Default – Above Header Ads

CEO Circle: Matawang bukan Fiat seperti Bitcoin Berterusan Melihat Perkembangan

Sejak Bitcoin dan aset kripto lain mula naik kembali, media mainstream mula meliputi pasaran kripto sekali lagi, seperti pada tahun 2017.

Pada 25 Jun 2019, Jeremy Allaire, ketua eksekutif Circle milik Goldman Sachs, menyertai panel “Squawk Box” CNBC untuk berbincang tentang larian bull matawang kripto, dan mengapa Bitcoin berterusan melihat perkembangan dengan masa.

Menjelaskan tentang kenaikan Bitcoin melepasi $11,000 baru-baru ini, Allaire menekankan bahawa keseluruhan pelabur, terutama pemain institusi, telah mula memahami dengan lebih baik tentang pasaran kripto dan cuba untuk mengumpul kripto kerana pemahaman ini.

Tetapi apa yang lebih penting, dia mendakwa pelabur telah mula menanti pelancaran “blockchain generasi seterusnya” (Cosmos, Algorand, etc), dan Libra, blockchain terbaru dan paling kritikal.

Tentang mengapa dia berpendapat pelancaran blockchain ini akan membantu Bitcoin, ketua eksekutif itu menyatakan bahawa platform dan aset digital baru akan membawa kepada ekosistem yang lebih pelbagai. Libra dan stablecoin lain, contohnya, boleh bertindak sebagai unit akaun, sama ada untuk tujuan gaji ataupun cukai.

Tetapi dari situ, sebagai hasil network effects, stablecoin yang bertindak sebagai jambatan kepada matawang bukan fiat, khususnya Bitcoin akan berterusan menjadi lebih penting dalam pentas kewangan global. Seperti yang dinyatakan Allaire:

“Lebih ramai orang akan melihat nilai aset digital yang sangat selamat dan anti-penapisan (censorship resistant).”

Sumber:

https://ethereumworldnews.com/circle-ceo-bitcoin-continue-see-growth/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.