CEO Circle Mengatakan Aset Kripto Terlebih Jual
Walaupun nilai kripto jatuh lebih 80% di tahun 2018, dan keadaan pasaran menurun termasuk harga tidak menentu di tahun 2019, Jeremy Allaire, CEO syarikat kewangan kripto Circle yang disokong Goldman Sachs, percaya bahawa harga aset kripto yang jatuh tidak sepatutnya berlaku.
Semasa sesi Reddit AMA pada 10 Januari, Allaire bercakap tentang teorinya tentang keadaan pasaran yang sedang bergelut.
“Persepsi am saya adalah pasaran terlebih Jual dan sesetengah aset teras telah terpisah dari penggunaannya, mencadangkan ia dinilai lebih rendah dari sepatutnya (undervalue).”
Allaire percaya altcoin, yang terdiri daripada 1,500++ matawang kripto berlainan selain dari Bitcoin, terikat kepada harga Bitcoin dan korelasi itu akan berubah akhirnya.
Pada tahun 2016, Circle mengorak langkah untuk memisahkan nilai daripada Bitcoin apabila ia melancarkan Centre, satu set penambahan protokol yang memboleh pelanggan Circle membuat pemindahan wang yang mematuhi undang-undang dan boleh dipercayai antara individu dan institusi lain tanpa perlu memegang atau membeli Bitcoin secara langsung. Sebaliknya, mereka menggunakan beberapa blockchain yang disokong sebagai lapisan penyelesaian, sebagai ganti Bitcoin.
Allaire menerangkan bahawa:
“Kami percaya banyak aset yang telah didagangjan dengan korelasi rapat dengan Bitcoin, menjadikan ia tidak rasional. Semakin matang pasaran, kita akan menjangka penurunan dalam perdagangan yang mempunyai korelasi dengan Bitcoin apabila pelabur semakin faham nilai, utiliti dan penggunaan aset kripto dan rangkaian yang khusus.”
Siling untuk kripto tiada had, tambah Allaire. Tidak seperti peminat tegar Bitcoin yang percaya modal pasaran Bitcoin sebanyak 52.3% akan menjadi lebih dominan, membuang semua atau sebahagian besar matawang kripto lain, Allaire berkata “aset kripto akan berterusan berkembang dalam bentuk mereka sendiri.”
Dia menambah, “Kripto adalah inovasi yang lebih signifikan dan mengubah dari web, dan impaknya kepada masyarakat, politik, ekonomi, pentadbiran akan menjadi lebih baik untuk manusia dengan masa.”
Halangan pertama yang dihadapi Circle dan kebanyakan syarikat kripto lain adalah regulasi. Selagi kerajaan bergelut untuk mendefinisan dan mengawal selia digital aset, usahawan blockchain dan syarikat akan ditinggalkan dalam keadaan yang tiada ketentuan – tanpa rangka undang-undang yang membolehkan mereka maju ke hadapan.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.