Default – Above Header Ads

CEO Coinbase: Bekas Ahli Hacking Team Neutrino akan Keluar dari Syarikat

 

Brian Armstrong, CEO dan pengasas bersama bursa pertukaran san wallet kripto utama Amerika Syarikat, Coinbase, berkata pekerja Neutrino yang mempunyai hubungkait dengan firma software kontroversial Hacking Team akan keluar daripada peranan mereka di Coinbase. Armstrong membuat pengumuman itu di dalam laman blog rasminya pada 4 Mac.

Kontroversi mengenai pemerolehan terbaru Coinbase, firma analisa blockchain Neutrino, adalah kerana latar belakang pekerja utama Neutrino dengan Hacking Team. Firma itu didakwa telah menyerahkan alatan pemantauannya kepada agensi penguatkuasa global, korporat dan kerajaan – dengan rejim autoritarian di antaranya.

Memberi respon kepada protes dari komuniti kripto, Armstrong telah mengeluarkan kenyataan rasminya, mengatakan bahawa “walaupun kami telah melihat secara mendalam kepada teknologi dan keselamatan produk Neutrino, kami tidak betul-betul menilai semuanya dari perspektif misi dan nilai kami sebagai syarikat kripto.” Dia juga berkata:

“Bersama-sama dengan Kumpulan Neutrino […] kami telah sampai kepada persetujuan: mereka yang Sebelum ini bekerja di Hacking Team (walaupun mereka kini tiada kena mengena dengan Hacking Team), akan keluar dari Coinbase.

CEO itu menyatakan bahawa proses pemerolehan itu adalah “jurang dalam proses due diligence Coinbase.” Dia juga mengatakan bahawa membawa masuk teknologi AML dan KYC Neutrino dan juga alat analisa blockchain kekal sebagai kepentingan Coinbase, yang bertujuan untuk beroperasi sebagai platform yang dikawal selia, moden dan patuh undang-undang.

Sebelum ini coin.my melaporkan mengenai Christine Sandler, pengarah penjualan Coinbase yang mempertahankan pemerolehan Neutrino, mengatakan ianya perlu untuk Coinbase berpindah daripada pembekal sedia ada kerana mereka menjual data klien Coinbase kepada pihak luar.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/coinbase-ceo-ex-hacking-team-neutrino-members-will-transition-out-of-company-roles

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads