Default – Above Header Ads

CEO Kik Berkata Firma itu Membelanjakan $5+ Juta untuk Rundingan bersama US SEC

Ted Livington, CEO startup permesejan yang beroperasi di Kanada, Kik, memberitahu media berita matawang kripto Coindesk bahawa syarikat itu telah membelanjakan lebih 45 juta dalam rundingan berterusan dengan SEC Amerika Syarikat. Berita itu didedahkan dalam laporan yang diterbitkan pada 16 Mei.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada hujung bulan Januari, SEC menyatakan bahawa ia percaya acara “Token Distribution Event” Kik dua tahun lalu telah melanggar undang-undang sekuriti apabila syarikat itu mengutip $97 juta semasa penjualan tersebut. Berikutan cadangan SEC berkenaan tindakan penguatkuasaan pada bulan November 2018, Kik dihantar “Wells Notice”, surat kepada syarikat yang perlu dibalas dalam masa 30 hari.

Menurut laporan itu, Livingston memberitahu penerbit pada 16 Mei di Token Summit di New York bahawa syarikat itu telah membelanjakan lebih $5 juta ke atas rundingannya dengan penguatkuasa itu. Dia juga dilaporkan menambah:

“Kami telah menghabiskan masa yang lama ke atas ini, kami telah menghabiskan 18 bulan untuk ke Washington.”

Pada bulan Januari, firma itu juga memberi amaran kepada penguatkuasas AS bahawa ia akan menentang tindakan penguatkuasaaan terhadapnya itu.

Minggu sebelum itu, Amy Starr, ketua di pejabat trend pasaran modal di SEC menyatakan kesediaan penguatkuasa unutk berinteraksi dengan perniagaan tempatan berkaitan kripto dan blockchain. Starr berkata bahawa undang-undang sekutiri AS “ditulis untuk dinamik.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/kik-ceo-says-firm-spent-5-million-on-negotiations-with-us-sec-report

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads