Default – Above Header Ads

CEO Overstock Jual Saham dalam Syarikatnya untuk Melabur dalam Projek Blockchain

Patrick Byrne, ketua pegawai eksekutif overstock.com (OSTK), baru-baru ini memarahi pelabur yang mempersoalkan keputusannya untuk menjual 900,000 daripada saham pengasasnya dalam syarikat itu. Member justifikasi kepada langkahnya itu, dia mendedahkan bahawa dia memerlukan dana itu untuk melabur dalam projek blockchain.

Meurut Business Insider, Byrne baru-baru ini menghantar surat kepada pemegang saham selepas harga saham syarikat itu jatuh lebih 21% minggu ini kepada harga terendahnya sejak 2012, selepas dia mendedahkan dia menjual 500,000 daripada sahamnya pada awal minggu itu.

Pada 17 Mei, CEO itu mendedahkan dia menjual tambahan 400,000 saham, bermakna dia menjual lebih 15% daripada sahamnya dalam syarikat itu. Walaupun saham Overstock pulih pada 17 Mei, surat Byrne kepada pemegang saham menulis:

“Saya hanya perlu menambah pendapatan nomina saya dengan penjualan saham untuk memenuhi komitmen peribadi untuk melabur dalam projek blockchain seperti Medici Land Governance bersama-sama dengan keperluan memenuhi ikrar amal.”

CEO itu menambah bahawa dia tidak merancang untuk memberi penjelasan sekali lagi, memberi justifikasi bahawa dia pemegang saham perlu “kekal mengikut undang-undang dan tidak membuat keputusan berdasarkan maklumat dalaman, bukan penjelasan tentang hidup saya dan projek di luat Overstock.”

Dia menyatakan bahawa “kekecohan yang tidak disangka” kerana penjualannya adalah tidak dijangka, dan menambah “saya tidak tahu pemegang saham akan menekan untuk penjelasan mengapa dan bagaimana saya ingin menggunakan wang daripada pekerjaan dan harta saya untuk tujuan saya sendiri.”

Byrne adalah pemegang saham terbesar Overstock, dan menyatakan bahawa dia telah memberitahu pelabur bertahun-tahun yang lalu dia akan membuat “penjualan signifikan” untuk membiayai projek berbeza, termasuk yang berkaitan dengan teknologi blockchain, dan seterusnya matawang kripto.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/05/overstock-ceo-sells-shares-in-his-company-to-invest-in-blockchain-projects/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.